<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

Penggunaan Baja Vermikompos Pada Tanaman

Saturday, August 30, 2008

Kadar penggunaan baja vermikompos pada tanaman :

1-Pokok pasu kecil : 1/2 - 1 sudu kecil
2-Pokok pasu besar : 1 sudu besar
3-Pokok muda : 1 sudu besar
4-Pokok matang : 200 - 300 g
5-Rumput : 400 - 500 g / meter persegi

Tabur baja vermikompos di sekeliling tanaman.
Siram air selepas pembajaan.
Gunakan setiap 3 - 4 minggu.




1-Penggunaan baja vermikompos pada pokok nangka.


Selepas melakukan pembajaan baja vermikompos pada pokok nangka dalam beberapa bulan yang lalu, kini 'keupayaan' baja vermikompos terserlah dengan izin dariNYA. Pembajaan menggunakan baja vermikompos dilakukan setiap 2 minggu dengan kadar kuantiti 200 - 300g. Perubahan ketara dari segi peningkatan jumlah buah yang terhasil dapat dilihat. Sebelum ini bilangan buah nangka yang terhasil sekitar 4 - 6 biji. Selepas penggunaan baja vermikompos dengan kadar kuantiti 200 - 300 g setiap 2 minggu, bilangan buah yang terhasil meningkat sehingga 20 biji. Kadar peningkatan yang cukup mengkagumkan.







2-Penggunaan baja vermikompos pada lobak putih.



3-Penggunaan baja vermikompos pada bayam merah



4-Penggunaan baja vermikompos pada pokok bunga orkid.



5-Penggunaan baja vermikompos pada pokok lada.





DARULNAIM agrotech mempelawa mana-mana individu, kumpulan & organisasi yang memiliki & mengusahakan kebun / ladang tanaman di negeri Kelantan menyertai PROGRAM TANAMAN ORGANIK MESRA ALAM. Terbuka pada semua jenis tanaman ( sayur-sayuran, buah-buahan, pokok bunga, tanaman hiasan & landskap, tanaman herba & ulam, semaian benih, tanaman kontan dan apa jua jenis tanaman ).

Untuk maklumat lanjut, hubungi :

017-9700656
012-3571833

darulnaim.agrotech[@]gmail[dot]com

Posted by dNat » Comments:

Agen Pengkomposan Yang Efektif

Cacing kompos menjalankan tugasnya dengan cukup efektif dalam teknologi pengkomposan sisa buangan organik & menukar sisa organik tersebut menjadi baja vermikompos yang berkualiti tinggi.





Kulit tembikai & sayuran rosak dari pasar basah merupakan antara sisa buangan organik yang sesuai dijadikan bahan makanan dalam aktiviti vermiculture.


Sayuran rosak terdiri dari kobis bunga & lobak merah direndam sekurang-kurangnya 24 jam bagi menghilangkan sisa-sisa kesan penggunaan bahan kimia. Selepas proses rendaman dilakukan, sayuran rosak diletakkan di permukaan medium.



Keadaan sayuran rosak yang diletakkan di permukaan medium selepas 24 jam. Cacing mula menjalankan fungsinya sebagai agen pengkomposan.



Selepas 48 jam, sayuran rosak hampir habis dimakan oleh cacing. 'Gerak kerja' makhluk kerdil ciptaan ALLAH S.W.T yang dipanggil cacing cukup mengkagumkan.




Kulit tembikai merupakan makanan kegemaran cacing. Kandungan air yang tinggi pada kulit tembikai amat digemari cacing. Basuh & rendam kulit tembikai terlebih dahulu bagi menghilangkan sisa-sisa bahan kimia. Selepas itu letakkan kulit tembikai di permukaan medium.



Selepas 24 jam kulit tembikai diletakkan di permukaan medium, cacing akan mula tertumpu di bahagian bawah kulit tembikai tersebut.





Selain sebagai makanan kegemaran cacing, kulit tembikai juga berperanan sebagai 'perangkap' bagi hama, kutu, pepijat & ulat putih yang terdapat dalam medium. Hama, kutu, pepijat & ulat putih tertarik pada kelembapan tinggi kulit tembikai.

Posted by dNat » Comments:

Unsur Mikro Nutrien Dalam Baja


Tanaman memerlukan nutrien ( sumber makanan ) bagi tumbesaran yang subur & pengeluaran hasil yang baik & berkualiti. 2 pecahan nutrien yang diperlukan oleh tanaman- MAKRO NUTRIEN & MIKRO NUTRIEN dalam formulasi baja.

MIKRO NUTRIEN

Unsur yang diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti yang kecil. Bertindak mengaktifkan sesetengah enzim di dalam tanaman.

1-Ferum ( Fe )
Nutrient yang bertindak sebagai catalyst untuk proses fotosintesis klorofil. Ia diperlukan untuk pertumbuhan tanaman pada peringkat awal.

2-Sodium ( Na )
Nutrient ini mengimbangi ion dan proses osmosis tumbuhan.

3-Boron ( B )
Nutrient ini membantu 16 fungsi pertumbuhan tumbuhan. Selain daripada pembentukan dinding sel, nutrient ini juga terlibat dalam pembungaan, pendebungaan, putik buah, pengaliran air dan pergerakkan hormon tumbuhan. Diperlukan dari mula sampai akhir hayat tumbuhan.

4-Klorin ( Cl )
Membantu tumbuhan dalam proses osmosis dan pengimbangan kadar penyerapan ion pada akar.

5-Copper ( Cu )
Nutrient ini banyak tertumpu pada bahagian akar tumbuhan dan memainkan peranan bagi pengambilan nitrogen daripada udara.

6-Manganese ( Mn )
Nutrient ini membantu aktiviti enzim untuk proses photosintesis, kadar penyejatan dan juga untuk pengambilan nitrogen.

7-Zink ( Zn )
Ianya sebahagian daripada komponen enzim termasuk enzim auxins ( enzim untuk pertumbuhan hormon ). Ia penting dalam synthesis protein, metabolisma karbohidrat dan pembesaran intermodal ( pertumbuhan batang ).

8-Molybdenum ( Mo )
Ia adalah sebahagian daripada enzim untuk mengurangkan nitrat kepada ammonia. Tanpanya synthesis protein tidak akan berlaku dan tumbuhan akan mati.

9-Silicon ( Si )
Ia adalah sebahagian daripada sel daun. Nutrient yang cukup akan membuatkan daun lebih keras, menjadikan ia sebagai lindungan kepada serangga yang mencucuk dan menghisap daun. Semburan foliar spray mengandungi nutrient ini mampu mengurangkan serangga afid dan fungus.

10-Cobalt ( Co )
Nutrient ini diperlukan bagi membantu proses pegambilan nitrogen secara efektif.

11-Nickel ( Ni )
Nickel digunakan untuk penguraian urea kepada nitrogen yang boleh digunapakai oleh tumbuhan. Ia juga diperlukan untuk penyerapan iron secara efektif. Ia juga diperlukan bagi tumbuhan untuk menghasilkan biji benih yang berkualiti.

Posted by dNat » Comments:

Unsur Makro Nutrien Dalam Baja


Tanaman memerlukan nutrien ( sumber makanan ) bagi tumbesaran yang subur & pengeluaran hasil yang baik & berkualiti. 2 pecahan nutrien yang diperlukan oleh tanaman- MAKRO NUTRIEN & MIKRO NUTRIEN dalam formulasi baja.

MAKRO NUTRIEN

Unsur yang amat diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti yang banyak.

9 jenis MAKRO NUTRIEN :

1-Nitrogen ( N )
Sumber utama asid amino ( protein ) bagi tumbuhan. Cukup penting untuk pertumbuhan daun ( klorofil ) yang memberikan warna 'kehijauan' pada tanaman. Tanpa unsur ini tumbuhan tidak berupaya menghasilkan kadar pengeluaran yang tinggi.

2-Phosphorus ( P )
Unsur nutrien ini penting dalam enzim tumbuhan bagi memudahkan penyerapan cahaya matahari dan menukarkannya kepada peralihan genetik tumbuhan. Ianya sebahagian daripada asid nucleic yang berfungsi dalam membawa genetik tumbuhan & pembesaran akar tumbuhan. Bertindak merangsangkan pertumbuhan akar & pengeluaran bunga. Membantu menguatkan ketahanan tanaman.

3-Pottasium ( K )
Nutrient ini penting bagi memastikan berlakunya fotosintesis dan pemecahan karbon dalam tumbuhan. Ia juga berfungsi untuk penyimpanan gula, protein tumbuhan dan mengawal kadar pengambilan air serta pengagihannya. Jumlah yang mengcukupi mampu menghidarkan tumbuhan daripada penyakit dan ketahanan pada musim kemarau.

4-Calcium ( Ca )
Nutrient ini berfungsi untuk pembahagian sel dan tumbesaran. Pertumbuhan akar dan pucuk daun adalah berpunca dari nutrient Calcium. Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan pendebungaan dan memastikan daun tidak luruh.

5-Magnesium ( Mg )
Nutrient yang membantu proses klorofil dan pengaktifan enzim tumbuhan bagi penghasilan karbohidrat, gula dan lemak. Ia digunakan bagi biji benih dan buah.

6-Sulphur ( S )
Membantu penghasilan asid amino yang berperanan untuk pertumbuhan klorofil dan sel. Juga memberi perasa kepada daun.

7-Carbon ( C )
Wujud secara semulajadi di dalam udara & air bersama-sama oksigen, hidrogen & nitrogen. Penting dalam pembentukan struktur tumbuhan.

Posted by dNat » Comments:

Baja Organik Cecair ( Vermi / Worm Tea )

Thursday, August 28, 2008

Penggunaan Vermi / Worm Tea sebagai baja foliar ( semburan ) membantu membiakkan mikrob-mikrob berfaedah pada tanah & tanaman anda. Mikrob berfaedah bertindak meningkatkan pertumbuhan tanaman, melindungi tanaman dari serangga perosak ( pest repellent ), meningkatkan pengambilan nutrien, mengekalkan nutrien dalam tanah, meningkatkan pertumbuhan akar & memperbaiki struktur tanah.

Vermi / Worm Tea mengandungi sejumlah bakteria, fungal biomass, protozoa, flagellates & nematodes.

Peralatan yang diperlukan :

Tong / Gelen air
2 kg baja vermikompos
Pam udara / oksigen akuarium ( mempunyai 2 penyambung )
Tiub getah penyambung pam
2 Penyambung paip bentuk T
Batu pengudaraan ( air stones )
4 liter air bersih ( bebas klorin )
Gula merah / molases
Penuras baja


*Nisbah baja : air bersih = 1 : 2










Proses penghasilan vermi / worm tea adalah proses aerobik - memerlukan oksigen yang mencukupi. Pastikan bekalan oksigen sentiasa ada bagi mengelakkan berlakunya proses anaerobik ( tanpa oksigen ).

Batu pengudaraan ( air stones ) perlu dicuci bersih setiap kali proses penghasilan vermi / worm tea dilakukan. Ianya bertujuan mengelakkan bakteria anaerobic membiak pada batu tersebut.


Sambungkan tiub getah pada penyambung T. Setiap penyambung T mempunyai 2 tiub getah. Sambungkan batu pengudaraan ( air stones ) pada semua tiub getah.

Masukkan 4 liter air ke dalam tong.

Masukkan sedikit gula merah / molases ke dalam tong. Ianya sebagai sumber makanan kepada mikrob.
*Suhu melebihi 80 C boleh mematikan mikrob.

Masukkan baja ke dalam penuras.

1 tiub getah yang mengandungi 2 batu udara ( air stones ) dimasukkan ke dalam tong air .

1 lagi tiub getah yang mengandungi 2 batu udara ( air stones ) dimasukkan ke dalam penuras baja.

Hidupkan pam akuarium & proses aerobik berlaku. Biar selama 6 hingga 8 jam. Bau masam manis gula merah / molases.

Selepas 6 - 8 jam, keluarkan penuras baja & teruskan proses sekurang-kurangnya 16 - 20 jam. Gunakan baja cecair yang terhasil secepat mungkin. Mikrob akan mula mati apabila pam oksigen dimatikan.


Tips Penghasilan Vermi / Worm Tea

1-Gunakan pam oksigen yang mempunyai 2 sambungan & menyambungkan 4 batu pengudaraan.

2-2 batu pengudaraan diletakkan di dalam penuras baja. 2 lagi diluar penuras baja.

3-Sukatan gula merah / molases yang mencukupi.

4-Jangan matikan pam oksigen & mengeluarkan batu pengudaraan selepas proses aerobik dilakukan.

5-Keluarkan penuras baja selepas 8 jam.

6-Proses tidak melebihi 36 jam yang boleh menjejaskan khasiat vermi / worm tea.

7-Gunakan kesemuanya. Vermi / Worm tea tidak boleh disimpan dalam apa jua keadaan.

8-Bersihkan kelengkapan selepas digunakan.

Posted by dNat » Comments:

Kematian Cacing

Tuesday, August 26, 2008

Kadar kematian dalam ternakan cacing adalah rendah. Namun jika tiada langkah-langkah pencegahan awal boleh mengakibatkan kerugian kepada penternak. Kematian cacing sering berlaku pada peringkat awal penternak memperolehi bekalan cacing dari pembekal. Faktor perjalanan jauh & keadaan padat dalam bungkusan cacing boleh mengakibatkan cacing mengalami luka & berkemungkinan akan mati. Selain itu punca-punca lain kematian cacing adalah seperti digigit musuh - lipas, katak, ular dll, mengalami kekeringan air yang mengakibatkan kesukaran bernafas, mengalami stress / tekanan & aktiviti penggemburan.

Posted by dNat » Comments:

Kehadiran Musuh Cacing

Musuh-musuh cacing terdiri daripada katak, ular, burung, lipas, cicak, semut dll. Kehadiran musuh cacing boleh membahayakan cacing. Langkah-langkah bagi pencegahan awal :

1-Tabur serbuk racun serangga / semut di sekeliling tempat ternakan.

2-Kaki rak kayu diikat dengan kain yang dibasahkan dengan minyak tanah atau alaskan kaki rak kayu dengan bekas berisi air. Penggunaan hirisan halus bawang besar yang diletakkan di sekeliling bekas ternakan juga boleh digunakan.

3-Penggunaan cecair serai wangi yang disi ke dalam bekas & diletakkan di tengah bekas ternakan. Selain itu sembur cecair serai wangi di persekitaran tempat ternakan.

4-Buat penutup berjaring pada setiap bekas ternakan.

Posted by dNat » Comments:

Susut & Penurunan Timbangan / Berat Badan

Kerap berlaku situasi di mana jumlah tertentu cacing ( dalam kg ) untuk 1 bekas mengalami penurunan selepas beberapa minggu. Contohnya pada hari pertama, sebanyak 2 kg cacing dimasukkan ke dalam sebuah bekas. Pada hari ke-30, jumlah cacing ditimbang berkurangan dari 2 kg. Punca situasi ini :

1-Medium yang kering boleh mengakibatkan cacing mengalami kekeringan air & menjejaskan fizikal. Ini boleh mengakibatkan penurunan berat.

2-Sisa buangan organik yang dijadikan medium / bahan makanan tidak distabilkan dengan betul. Proses fermentasi berlaku di dalam bekas ternakan. Gas ammonia yang terhasil dari tinja ternakan mengakibatkan cacing mengalami keracunan ammonia. Suhu medium juga meningkat. Cacing akan mati samada di permukaan @ di dalam medium.

3-Terdapat serangga @ musuh cacing samada di dalam medium @ persekitaran seperti lipas, cicak, hama, pepijat, katak dll. Gigitan serangga / musuh cacing akan mengakibatkan kecederaan pada cacing & akan mati.

4-Medium yang bermasalah ( belum mengalami penapaian matang ) akan mengakibatkan cacing merayap keluar dari bekas ternakan.

5-Perubahan persekitaran juga boleh memberi kesan pada cacing pada peringkat awal selepas dipindah ke lokasi penternak dari lokasi pembekal. Kesan fizikal akibat perjalanan jauh boleh mengakibatkan penurunan berat badan cacing.

Posted by dNat » Comments:

Cacing Memanjat & Merayap Keluar

Punca situasi cacing memanjat adalah :

1-Mengalami stress / tekanan akibat getaran & pergerakan bekas ternakan semasa penghantaran cacing dari pembekal kepada penternak. Biasanya situasi cacing memanjat akibat dari stress / tekanan perjalanan jauh berlaku pada malam pertama & ke-2 sahaja.

Disyorkan pasang lampu pada waktu malam agar suasana terang. Cacing sensitif kepada cahaja.

*Elak pasang lampu berpanjangan kerana kerana cacing epigeic perlu naik ke atas untuk makan & membuang najisnya ( worm casting ). Cahaya terang yang berterusan akan melambatkan proses vermicomposting.


2-Kapasiti cacing berlebihan ( overload ) dalam bekas ternakan. Keadaan menjadi padat & mengakibatkan kadar oksigen terlarut dalam medium berkurangan.

Disyorkan pindah sebahagian cacing ke bekas lain. Nisbah kapasiti cacing & luas permukaan yang sesuai ialah antara 2 kg - 5 kg / m2.

3-Medium terlalu lembab ( melebihi 60% ) & mengakibatkan kadar oksigen terlarut dalam medium berkurangan.

Disyorkan penggunaan 'bulking agent' untuk menyerap & menurunkan kadar kelembapan. Buat jadual siraman yang sistematik.

4-Medium terlalu kering ( kurang dari 40% ). Kulit cacing menjadi kering & mengalami kesukaran bernafas.

Disyorkan menyiram medium sehingga kadar kelembapan yang sesuai, iaitu 40% - 60%. Buat jadual siraman yang sistematik.

5-Medium yang diletakkan ke dalam bekas ternakan belum stabil ( berlakunya proses fermentasi ). Ianya boleh mengakibatkan medium menjadi terlalu berasid & suhu medium meningkat.

Disyorkan medium lama diganti dengan medium baru yang telah stabil. Pastikan sisa organik yang hendak diletakkan ke dalam bekas ternakan telah melalui proses fermentasi.

6-Bekalan makanan di dalam bekas telah habis.

Disyorkan menambah bekalan makanan. Buat jadual pemberian makanan secara teratur.

Posted by dNat » Comments:

Kehadiran Anasir / Serangga Dalam Medium

Kehadiran anasir / serangga dalam medium seperti ulat gonggok, lipan, semut, lalat, siput, cacing parasit, cacing tempatan dll. Beberapa punca kehadiran anasir tersebut :

i-Biasanya berpunca dari tinja ternakan ( yang dijadikan medium / bahan makanan cacing ) terutamanya tinja lembu. Terdapat serangga / haiwan yang hidup di dalam tinja lembu seperti ulat gonggok, lipan, cacing parasit, cacing tempatan dll.

ii-Medium yang terlalu lembab ( melebihi 60% ) juga akan mengakibatkan bau busuk & mengundang kehadiran lalat.

iii-Terdapat cacing mati di permukaan medium. Bau bangkai cacing menarik kehadiran semut.


LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN & PENCEGAHAN

1-Sebelum memasukkan tinja lembu yang telah distabilkankan, isi tinja di dalam plastik & ikat dengan kemas. Jemur di bawah cahaya matahari 2 - 3 hari. Serangga / haiwan yang terdapat di dalam tinja akan mati akibat kekurangan bekalan oksigen.

2-Terdapat juga pengusaha yang mensyorkan kaedah wap untuk menghapuskan serangga / haiwan lain dalam tinja tersebut. Kaedah ini agak rumit & melibatkan kos tinggi.

Posted by dNat » Comments:

Masalah Hama, Kutu & Ulat Putih Dalam Medium





Salah satu masalah yang sering dihadapi penternak cacing adalah kehadiran hama, kutu & ulat putih dalam medium. Kehadiran hama & kutu memberi petunjuk bahawa medium terlalu lembab - melebihi 60%. Keadaan yang terlalu lembab mengakibat medium berbau & masam ( kadar pH yang rendah ). Medium yang terlalu basah mengakibatkan berlakunya proses anaerobik - tidak beroksigen & menggalakkan bakteria pengurai nitrogen. Berlakunya proses fermentasi pada sisa buangan organik yang dijadikan medium. Bau busuk pula berpunca dari pelepasan gas ammonia.

Makanan lembik & berair seperti kulit tembikai & sayuran rosak mempunyai kandungan air yang tinggi akan menarik kehadiran hama, kutu, ulat & serangga perosak. Kulit tembikai merupakan 'makanan kegemaran' cacing tetapi boleh juga bertindak sebagai perangkap kepada hama, kutu & ulat.

Hama, kutu & ulat juga berpunca dari tinja ternakan yang digunakan sebagai medium / bahan makanan.


LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

1-Kawal kelembapan medium dengan menggunakan 'bulking agent' seperti kertas suratkhabar & sabut kelapa untuk menyerap kelembapan. Buat jadual siraman secara teratur. Perbaiki ruang pengudaraan & pengairan.

2-Penggunaan penutup berjaring pada bekas ternakan.

3-Letak makanan di permukaan medium. Jangan benamkan makanan di dalam medium. Mengelakkan berlakunya proses fermentasi.

4-Buat jadual pemberian makanan yang teratur agar seimbang dengan jumlah cacing yang ada dalam bekas ternakan. Dapat mengelakkan berlakunya lebihan ( overload ) makanan. 1 kg cacing dianggarkan makan 1 kg makanan dalam masa 1 hari. Letak 10 kg makanan untuk bekalan makanan 1 kg cacing dalam masa 10 hari.

5-Pastikan kadar pH medium neutral. Kulit telur yang mengandungi kalsium karbonat boleh digunakan bagi tujuan penstabilan pH.

6-Lembabkan kertas suratkhabar & hamparkan di permukaan medium. Hama & kutu akan tertarik kepada kelembapan tinggi & akan berkumpul di kertas suratkhabar. Buang hama & kutu yang terkumpul & ulangi seperti langkah awal sehingga jumlah hama & kutu berkurangan.

7-Letakkan kulit tembikai basah di permukaan medium. Hama & kutu akan tertarik kepada kelembapan tinggi & akan berkumpul di kulit tembikai. Buang hama & kutu yang terkumpul & ulangi seperti langkah awal sehingga jumlah hama & kutu berkurangan.

8-Letakkan hirisan oren sunquick di permukaan medium. Hama & kutu akan tertarik kepada kemanisan oren sunquick & akan berkumpul di hirisan oren sunquick. Buang hama & kutu yang terkumpul & ulangi seperti langkah awal sehingga jumlah hama & kutu berkurangan.

9-Isi kordial / pemanis ke dalam bekas kecil di permukaan medium. Hama & kutu akan tertarik kepada kemanisan kordial . pemanis & akan berkumpul di dalam bekas berisi kordial / pemanis. Buang hama & kutu yang terkumpul & ulangi seperti langkah awal sehingga jumlah hama & kutu berkurangan.

10-Jika terdapat cacing yang mati di atas permukaan medium, segera buang cacing tersebut. Bau bangkai cacing akan menarik hama, kutu, semua dan lain-lain serangga. Kehadiran semut boleh mengganggu cacing-cacing lain. Gigitan semut boleh mengakibatkan cacing cedera & menarik kehadiran hama & kutu.

11-Penggunaan cecair serai wangi boleh mencegah & menghalau hama & kutu. Isikan cecair ke dalam bekas. Letak bekas tersebut di tengah-tengah bekas ternakan.

Posted by dNat » Comments:

Masalah Dalam Ternakan Cacing

Sunday, August 24, 2008

Berikut adalah masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh penternak cacing :

1-Kehadiran hama, kutu & ulat putih dalam medium & bekas ternakan.

2-Kehadiran anasir-anasir / serangga dalam medium seperti ulat gonggok, anak lipan, semut dll.

3-Cacing memanjat & merayap keluar dari bekas ternakan.

4-Susut & kehilangan berat badan.

5-Kehadiran musuh cacing & serangga perosak.

6-Kematian cacing.

Posted by dNat » Comments: