<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Baja Organik Cecair ( Vermi / Worm Tea )

Thursday, September 18, 2008

Gunakan baja vermikompos yang dihasilkan melalui aktiviti vermiculture untuk menghasilkan baja organik cecair ( vermi / worm tea ). Berfungsi sebagai baja foliar / semburan / siraman untuk tanaman anda.


Kelebihan Baja Cecair Vermi / Worm Tea

1-Mengandungi 'phyto-soluble' NPK yang seimbang & 'trace elements'.
2-Mengandungi hormon penggalak ( auxin & cytokinin ) bagi tumbesaran, bunga & buah untuk tanaman.
3-Mengandungi kepelbagaian mikrob berfaedah, asid humic / fulvic & enzim kitinase yang berupaya mempercepatkan tumbesaran tanaman.
4-Bersifat 'bio-insect repellent' untuk mencegah serangga perosak & kulat pada tanaman.


Peralatan Yang Diperlukan




Tong / Gelen air
Air bersih ( bebas klorin ) 2 liter
1 kg baja vermikompos
Karung kain
Pam akuarium beserta batu pengudaraan & tiub getah
Gula merah / molases


Langkah 1




Isikan 1 kg baja vermikompos di dalam karung kain.
Masukkan 2 liter air bersih ke dalam tong / gelen air.
*Nisbah campuran baja vermikompos : air bersih = 1 : 2



Langkah 2



Masukkan karung kain berisi baja ke dalam tong / gelen air.
Masukkan batu pengudaraan pam akuarium ke dalam tong / geleng air.


Langkah 3



Hidupkan suis pam akuarium untuk proses pengoksigenan. Buih-buih kelihatan di dalam tong / gelen air.


Langkah 4




Masukkan sedikit gula merah / molases ke dalam tong / gelen air. Ianya berfungsi sebagai bahan makanan kepada mikrob-mikrob.


Langkah 5




Biarkan proses pengoksigenan berlaku sekurang-kurangnya 36 jam. Selepas itu gunakan baja cecair utk tujuan siraman / semburan pada tanaman anda. Campurkan 1 liter baja cecair vermi tea dengan 5 liter air bersih.


*Baja cecair vermi / worm tea perlu digunakan selepas pam oksigen dimatikan. Ini kerana mikrob-mikrob akan mula mati selepas tempoh 12 jam selepas pam oksigen dimatikan.

Posted by dNat » Comments:

Baja Vermikompos DARULNAIM agrotech

Monday, September 15, 2008




Baja organik vermikompos dihasilkan melalui teknologi pengkomposan aktif sisa buangan organik menggunakan cacing. Ianya kaya dengan humus, unsur makro & mikro nutrien dan mengandungi 1000 kali ganda mikrob lebih dari tanah biasa. Diperkaya dengan Efektif Mikrob ( EM-1 ). Sesuai untuk semua jenis tanaman.


Baja organik vermikompos bertindak sebagai 'soil treatment' / perawat tanah. Kandungan asid humic, fulvic & karbon di dalamnya akan menukar ciri-ciri tanah secara fizikal hasil tindak balas 'trace elements' yang ada. Ini menjadikan tanah yang terlalu berasid, keras, tidak berongga & tidak subur menjadi lebih stabil kadar pH, gembur, berhumus & lebih subur. Keadaan ini akan meningkatkan kelembapan di bawah permukaan tanah yang akan lebih menggalakkan organisma berfaedah seperti trichoderma, mychorizza, nitrobacters & phoshobacters. Sistem akar akan berupaya mengambil oksigen terlarut dengan lebih cepat.

Tindak balas di atas akan menggalakkan pertumbuhan akar rerambut yang lebih meluas & tebal yang berfungsi mengambil nutrien dari persekitaran tanah. Secara tidak langsung akar yang tebal akan mengurangkan & mengelak berlakunya hakisan.


BAJA ORGANIK VERMIKOMPOS DARULNAIM agrotech



200 gm - RM 1.00


Untuk pembelian baja vermikompos keluaran DARULNAIM agrotech, hubungi :

017-9700656
014-8002900

darulnaim.agrotech@gmail.com

Posted by dNat » Comments: