<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

Kadar Penggunaan Baja DOLOMITE

Monday, February 23, 2009

1-Untuk tanaman di ladang seperti buah-buahan rambutan, durian, limau, dokong, manggis dsb.

Kadar Penggunaan : 3 - 4 kg setiap pokok
Kekerapan : 3 - 4 bulan


2-Untuk tanaman hiasan, pokok bunga & renek

Kadar Penggunaan : 2 - 3 kg setiap pokok
Kekerapan : 2 - 3 bulan


3-Untuk tanaman di dalam pasu

Kadar Penggunaan : 100 - 200 g setiap pokok
Kekerapan : 2 - 3 minggu


Tabur Baja DOLOMITE di sekeliling pokok. Siram selepas pembajaan.

Posted by dNat » Comments:

Ujian Penggunaan Baja Organik Daxi Plus 1

Pokok betik yang menggunakan Baja Organik Daxi Plus 1

From Tanaman Betik [ Baja Organik ]


Pokok betik tanpa penggunaan Baja Organik Daxi Plus 1

From Tanaman Betik [ Baja Organik ]



Pokok betik yang menggunakan Baja Organik Daxi Plus 1 menghasilkan bilangan buah yang lebih banyak & saiz buah yang lebih besar.

Posted by dNat » Comments:

Penggunaan Baja Organik Daxi Plus 1 Pada Tanaman Betik

Saturday, February 21, 2009

Penggunaan Baja Organik Daxi Plus 1 pada tanaman betik.

From Tanaman Betik [ Baja Organik ]



Peningkatan bilangan buah betik pada setiap pokok.

From Tanaman Betik [ Baja Organik ]


From Tanaman Betik [ Baja Organik ]



Baja Organik Daxi Plus 1 sesuai untuk semua jenis tanaman.





DARULNAIM agrotech membekal Baja Organik Daxi Plus 1

RM 85.00 / 50 kg


Sedia menerima pesanan / pembelian dalam kuantiti yang banyak. Penghantaran boleh diuruskan mengikut persetujuan bersama.


Untuk maklumat lanjut, hubungi :

017-9700656
014-8002900

darulnaim.agrotech[a]gmail.com

Posted by dNat » Comments:

Vermikompos @ 2009

Wednesday, February 11, 2009

Salam sejahtera buat para pengunjung blog DNaT ..

Dah agak lama tak update blog DNAT selepas kedatangan tahun baru 2009 .. Masa terluang agak terbatas ketika ini .. Tambahan pula beberapa aktiviti telah dirancang untuk pelaksanaan di tahun 2009 .. Moga tahun 2009 menjadi perintis ke arah peningkatan / kemajuan bidang ternakan cacing [ vermiculture ] terutamanya baja organik vermikompos ..

Isu kualiti baja vermikompos terus diperkatakan .. kandungan NPK yang rendah seakan 'kecacatan' pada vermikompos .. limpahan unsur mineral & enzim / hormon yang terkandung dalam vermikompos tidak dinilai secara menyeluruh .. tambahan pula penggunaan baja vermikompos di Malaysia masih 'setahun jagung' & belum benar-benar diuji secara lengkap oleh pengeluar atau pengguna vermikompos .. Hanya berdasarkan kajian / penyelidikan dari pihak luar yang menjalankan ujian [ field test ] pada pelbagai jenis tanaman ..

Dalam pada mencari 'terowong' ke arah peningkatan kualiti baja vermikompos terutamanya kandungan NPK, salah seorang kenalan DNAT telah bertemu & berbincang dengan seorang pakar baja bio-fertilizer dari India yang sudi berkongsi ilmu & kemahiran tentang baja organik & bio-fertilizer.. Pakar baja bio-fertilizer dari India ini juga menghasilkan baja vermikompos & peningkatan kualiti baja vermikompos dilakukan semasa proses pembungkusan .. Penggunaan mikrob / bakteria berfaedah terpilih sahaja di dalam baja bagi menjalankan fungsi khas seperti pengikat unsur N, pengikat unsur P & pengikat unsur K. Antaranya Azospirillum sp., Phosphate solubilizers (Bacillus sp. and Pseudomonas sp.) & Potash mobilizing bacteria (Frateuria aurentia)..

Penggunaan mikrob / bakteria berfaedah terpilih tidak akan meningkatkan kandungan NPK apabila ujian analisa makmal dijalankan. Fungsi & keberkesanannya hanya dapat dilihat apabila diuji pada tanaman. Wujud perbezaan ketara antara vermikompos yang tidak ditambah nilai & vermikompos yang 'disuntik' bakteria terpilih. Bakteria yang 'diadunkan' di dalam baja akan menjalankan fungsi masing-masing.

Antara bio-fertilizer yang sering digunakan di India :

1-Rhizobium (Bradyrhizobium and Azorhizobium)
2-Azotobacter
3-Azospirillum
4-Blue green algae(BGA)
5-Azolla
6-Phosphate solubilising bacteria and fungi
7-Vesicular / arbuscular mycorrhiza (VAM/ AM)

Posted by dNat » Comments: