<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Penggunaan Baja Vermikompos Di Ladang Nenas

Saturday, September 13, 2008

Peringkat awal selepas semaian, pembajaan menggunakan baja vermikompos pada anak pokok nenas. Kuantiti 100 g baja vermikompos setiap anak pokok.










Pembajaan peringkat ke-2 menggunakan baja vermikompos.











Pokok nenas ( berusia 60 hari ) yang menggunakan 100 g baja vermikompos pada peringkat awal selepas semaian.





Pokok nenas ( berusia 60 hari ) yang menggunakan 150 g baja urea pada peringkat awal selepas semaian.



Posted by dNat » Comments:

Spesis Cacing Kompos

Monday, September 8, 2008

Cacing Africa Nightcrawler ( Eudrillus Eugeniae )



Cacing Harimau ( Eisenia Fetida )



Cacing Harimau ( Eisenia Andreii )




Harga jualan induk cacing :

1-Africa Nightcrawler : RM 300.00 per kg
2-Red Worm & Tiger Worm : RM 200.00 per kg



DNAT juga menawarkan Kit Permulaan Ternakan Cacing kepada individu yang berminat menceburi bidang ternakan cacing & mempelajari asas ternakan cacing.


KIT PERMULAAN TERNAKAN CACING DNAT ( I ) RM 180.00

1/2 kg cacing spesis Africa Nightcrawler [ Eudrillus Euganiae ]
15 kg medium / bahan makanan
1 unit bekas plastik [ bekas ternakan cacing ]
1 unit penyembur air
1 pasang sarung tangan getah
1 unit pengayak baja mini
1 naskah nota ternakan cacing DNAT
500 gm Baja Vermikompos



KIT PERMULAAN TERNAKAN CACING DNAT ( II ) RM 300.00

1 kg cacing spesis Africa Nightcrawler [ Eudrillus Euganiae ]
30 kg medium / bahan makanan
2 unit bekas plastik [ bekas ternakan cacing ]
1 unit penyembur air
1 pasang sarung tangan getah
1 unit pengayak baja mini
1 naskah nota ternakan cacing DNAT
1 kg Baja Vermikompos




Untuk pesanan & belian, hubungi :

017-9700656
014-8002900

darulnaim.agrotech@gmail.com

Posted by dNat » Comments:

Penuaian Baja Vermikompos

From Vermiculture Gallery


Apabila bahan makanan / medium di dalam bekas cacing bertukar warna kehitaman & berbentuk butiran kecil, ianya menandakan bahawa baja vermikompos telah terhasil. Terdapat beberapa kaedah untuk proses penuaian baja vermikompos.


Kaedah 1 : Kaedah Penghijrahan ( Natural Migration )

Kosongkan separuh ruang bekas ternakan & masukkan medium / bahan makanan baru di ruang yang dikosongkan tadi. Cacing akan berhijrah secara berperingkat ke medium baru & meningggalkan medium lama yang telah menghasilkan baja vermikompos. Kaedah ini mengambil masa yang agak lama & lebih 'mesra cacing'.


Kaedah 2 : Kaedah Kon

Menggunakan sifat cacing yang sensitif terhadap cahaya. Ambil baja vermikompos yang mengandungi cacing & letakkan di atas hamparan plastik. Longgokan dibuat seperti bentuk kon. Dedahkan kepada cahaya matahari atau gunakan cahaya lampu. Cacing akan bergerak ke bahagian bawah longgokan. Ambil baja vermikompos di sebelah atas.


Kaedah 3 : Tapisan

Perlu menggunakan alat pengayak berjaring. Baja vermikompos yang masih mengandungi cacing diayak menggunakan pengayak berjaring. Gunakan plastik sebagai alas untuk menadah baja yang jatuh ke bawah. Butiran halus akan jatuh ke bawah dan meningggalkan butiran kasar, cacing & kokon yang tersangkut di jaring.

Menggunakan jaring halus berbingkai sebagai pengayak baja.


Kaedah 4 : Kaedah Penghijrahan

Hamparkan jaring di atas medium yang telah menjadi baja vermikompos. Letakkan makanan / medium baru di atas jaring tersebut. Cacing akan memanjat ke arah makanan / medium baru. Cacing yang berada di dalam makanan / medium baru dipindahkan ke bekas lain yang mengandungi makanan / medium baru.

Boleh juga 'terbalikkan' kaedah di atas. Sediakan bekas & makanan / medium baru. Hamparkan jaring di permukaan makanan / medium. Ambil baja vermikompos yang masih mengandungi cacing dan letakkan di atas jaring tersebut. Cacing akan bergerak turun ke makanan / medium baru. Ulangi langkah tersebut sehingga semua cacing dipindahkan

Posted by dNat » Comments: