Penggunaan EM-1
Saturday, August 16, 2008
Apa itu EM-1 ?
EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.
Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario. Di Malaysia - Jabatan Pengairan & Saliran ( JPS ) telah menggunakan EM-1 bagi tujuan pemulihan kualiti beberapa sungai & tasik.
EM-1 Dalam Persekitaran Vermicomposting
Penggunaan EM-1 dalam usaha vermicomposting amat digalakkan & penggunaannya bermula pada peringkat pra-pengkomposan bagi mempercepatkan jangka masa penguraian / pereputan sisa buangan organik.
Mikrob berfaedah mula membiak & berfungsi pada peringkat pra-pengkomposan dalam persekitaran vermicomposting. Ianya dapat menambah nilai mutu baja secara menyeluruh.
Mikrob berfaedah ada di mana-mana & ianya penting sebagai salah satu agen penguraian / pengkomposan terutamanya Lactobacillus. Ianya saling bekerjasama dengan cacing kompos dalam sistem vermicomposting. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput & memakan medium besertamikrob bagi membantu penghadaman. Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen yang sangat merbahaya kepada manusia.
Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.
EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.
PROSES MENGAKTIFKAN EM-1
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :EM-1Gula Merah / MolasesAir Bersih ( Bebas Klorin )Tong / Botol Plastik BerpenutupNisbah Bancuhan - 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air BersihLangkah 1Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.Langkah 2Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.Langkah 3Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.Langkah 4Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.Langkah 5Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.Langkah 6Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).Nisbah campuran EMAS : Air Bersih seperti berikut :1:50 bagi tujuan pereputan1:100/200 bagi tujuan nyah bau.EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.
DARULNAIM agrotech menawarkan 1 set Efektif Mikrob ( EM.1 ) berharga RM 35.00 yang mengandungi :
1 liter EM.1
1 liter molases
1 unit botol penyukat 100 ml.
Nota Penggunaan EM.1.
Untuk pesanan & belian, hubungi :
017-9700656
014-8002900
darulnaim.agrotech@gmail.com
Posted by dNat » Comments:
Baja Organik Vermikompos
Friday, August 15, 2008
Baja Organik Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi :
#NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok
#Trace element & mikrob berfaedah ( nitro & phoshobactors )
#Asid humic / fulvic
#Kadar pH yang neutral
#Kawalan serangga perosak ( pest repellant ) semulajadi
#Penggalak pertumbuhan & buah / hasil
*Biasanya baja organik vermikompos mengandungi N:P:K = 2:1:1.
*Kelebihannya mempunyai unsur-unsur surih yang tidak terdapat pada baja kimia di samping kandungan enzim / hormon pertumbuhan tanaman & mikrob berfaedah.
APLIKASI VERMIKOMPOS PADA TANAMAN
# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi
Gunakan 60%-70% semasa pembajakan. Baki 40%-30% digunakan selepas tunas / pucuk muda tumbuh selepas 2 minggu.
Kemudian 100g/m persegi 2 x sebulan untuk pembajaan.
# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi
Gunakan 60%-70% semasa pembajakan. Baki 40%-30% digunakan selepas tunas / pucuk muda tumbuh selepas 2 minggu.
Kemudian 100g/m persegi 2 x sebulan untuk pembajaan.
PENJIMATAN & KEUNTUNGAN PENGGUNAAN BAJA VERMIKOMPOS
# kurang pembajakan antara musim
# kurang masalah perosak
# pertambahan pengeluaran hasil
# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
BAJA ORGANIK VERMIKOMPOS DARULNAIM agrotech
RM 1.00 / 200 gm
Untuk pembelian baja organik vermikompos DARULNAIM agrotech hubungi :
017-9700656
012-3571833
darulnaim.agrotech@gmail.com
Posted by dNat » Comments:
Keperluan Aktiviti Vermiculture Dalam Ladang Integrasi
Usaha vermicomposting berupaya menjadi alternatif penyelesaian dalam aktiviti perladangan bersepadu ( intergrated farming ).Pekebun SayurSayuran yang rosak atau tidak memenuhi standard kualiti dijadikan bahan makanan ternakan cacing.Hasil baja vermikompos digunakan di ladang sayuran. Lebihan baja & induk cacing boleh dijual untuk menambahkan pendapatan sampingan pekebun.Pesawah PadiJerami, sekam & dedak padi dijadikan bahan makanan ternakan cacing.Hasil baja vermikompos digunakan di ladang sayuran. Lebihan baja & induk cacing boleh dijual untuk menambahkan pendapatan sampingan pekebun.Petani Ladang Integrasi Jagung Manis & Lembu FidlotBatang, dedaun & tongkol jagung yang rosak / tidak memenuhi standard kualiti dijadikan silaj makanan lembu yang berprotein tinggi.Sisa kandang lembu dijadikan bahan makanan ternakan cacing.Hasil baja vermikompos digunakan di ladang sayuran. Lebihan baja & induk cacing boleh dijual untuk menambahkan pendapatan sampingan petani.Petani Ladang Integrasi Jagung Manis, Cendawan, Lembu Fidlot, Ikan & Ayam KampungBatang, dedaun & tongkol jagung yang rosak / tidak memenuhi standard kualiti dijadikan silaj makanan lembu yang berprotein tinggi.Sisa kandang lembu & medium cendawan dijadikan bahan makanan ternakan cacing.Hasil baja vermikompos digunakan di ladang sayuran. Lebihan baja & induk cacing boleh dijual untuk menambahkan pendapatan sampingan petani.Lebihan cacing dijadikan makanan tambahan berprotein tinggi untuk ikan & ayam kampung.Lebihan cacing boleh dijual untuk pendapatan tambahan kepada petani.
Posted by dNat » Comments:
Arah Tuju Pasaran Baja Organik Vermikompos
Hasil utama aktiviti ternakan cacing adalah baja organik vermikompos. Baja ini dilihat mempunyai potensi yang cukup besar pada masa akan datang. Langkah kerajaan untuk mengurangkan penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian menjelang 2010 membuka peluang yang besar buat pasaran baja organik vermikompos. Untuk belanjawan 2008, kerajaan juga memperuntukkan RM 1 billion bagi keperluan baja kimia & baja organik. Ketika ini bekalan baja organik keluaran tempatan masih jauh dari mencukupi. Usaha ke arah meningkatkan pengusaha & pengeluar baja organik harus ditingkatkan bagi mencapai hasrat kerajaan untuk mengurangkan penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian. Beberapa sektor & agensi sudah mula beralih kepada penggunaan baja organik yang lebih mesra alam & tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Kerajaan juga memberi inisiatif kepada perintis penghasilan baja organik.Ketika ini kita masih lagi bergantung kepada baja import. Untuk 2008 sejumlah 3.5 juta tan metrik baja dari luar diimport bagi memenuhi keperluan domestik. Data ini jelas menunjukkan kekurangan bekalan baja organik dalam negara. Tambahan pula golongan petani & peladang terbeban dengan peningkatan harga baja kimia dari masa ke semasa. Penggunaan baja organik dilihat menjadi alternatif utama bagi menangani masalah tersebut.
MENGAPA BAJA VERMIKOMPOS RELEVEN UNTUK SEKTOR PERTANIAN ?
Vermicomposting merupakan 1 kaedah bagi mendapatkan sumber baja organik mesra alam yang selamat digunakan. Negara-negara maju seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada & Jepun telah lama menggunakan baja organik vermikompos dalam sektor pertanian. Ianya 1 industri besar yang menguntungkan. Negara kita ketinggalan 30 tahun dalam bidang vermiculture berbanding negara-negara lain. Korea contohnya telah menggunakan kaedah pengkomposan sisa buangan organik menggunakan cacing pada tahun 1978 !! Permintaan untuk baja organik vermikompos melebihi bekalan.
Dalam Belanjawan 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM 1 billion untuk baja kimia & baja organik bagi pasaran dalam & luar negara.
Kerajaan juga berhasrat mengurangkan & menghapuskan penggunaan baja kimia.
Tinja ternakan telah lama digunakan sebagai baja organik dalam sektor pertanian.
Baja kimia ( urea ) hanya mempunyai 1 atau paling maksima 2 unsur hara sahaja, samada N atau N+P. Vermicast mempunyai unsur NPK & 14 unsur hara / zat lain yang sangat sesuai bagi pemulihan tanah pertanian.
Vermikompos tiada unsur kimia & selamat digunakan.
Vermikompos berupaya mempercepatkan tumbesaran & penuaian.
Unsur hara 'boron' yang terdapat pada vermicast memberi daya tahan penyakit pada tanaman.
Tanaman padi dipaket 60 Sg. Sireh telah membuktikan keberkesanan vermikompos dari pengeluaran 7 ton / ha menjadi 10 ton / ha.
Dari segi 'economic evaluation' atas dasar keperluan nitrogen :
Baja kimia untuk 1 kg nitrogen = RM 7 ( Baja urea ) & mencecah RM 143 ( SSP ).
Baja vermikompos hanya RM 5 untuk 1 kg nitrogen.
Vermikompos juga releven kepada kompos organik lain seperti IMO / EMO.
Posted by dNat » Comments:
Langkah-Langkah Memulakan Ternakan Cacing
Thursday, August 14, 2008
1-Pemilihan Lokasi & Konsep Ternakan2-Pembinaan Infrastruktur3-Penyediaan Bekas Ternakan & Peralatan Sokongan4-Pengumpulan Sisa Buangan Organik5-Proses Rawatan & Penstabilan Sisa Buangan Organik6-Pembelian Benih Cacing7-Pengurusan & Penjagaan8-Penuaian Baja Vermikompos9-Penyimpanan Baja Vermikompos10-Pemasaran HasilBerminat dengan ternakan cacing, sila hubungi :017-9700656012-3571833darulnaim.agrotech@gmail.com
Posted by dNat » Comments:
Keperluan Asas Untuk Ternakan Cacing
Sumber Bekalan Sisa Buangan OrganikBekalan sumber sisa buangan organik yang berdekatan dengan tempat ternakan. Buat 'audit' sisa buangan di persekitaran anda.Rumah / Bangsal & Ruang TernakanTempat untuk aktiviti ternakan cacing. Tidak semestinya mempunyai ruang yang luas terutamanya penternak skala kecil. Manafaatkan ruang-ruang kosong. Ruang ternakan perlulah tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari & air hujan. Ciri-ciri keselamatan untuk mencegah musuh cacing / serangga perosak seperti ular, tikus, burung, lipas dan sebagainya.Bekas / Sistem TernakanPelbagai bekas / sistem yang boleh digunakan seperti kolah / palong, bekas plastik, bekas polisterin, bekas kayu, rak kayu bertingkat, bekas fiber dan sebagainya.Peralatan SokonganPeralatan sokongan yang diperlukan untuk memudahkan aktiviti ternakan seperti penyembur air, tangki takungan air, sarung tangan, alat pengayak baja dan sebagainya.Ruang Pengkomposan & Pemprosesan BajaPerlu sediakan ruang untuk pengkomposan sisa buangan organik & ruang untuk pemprosesan / penyimpanan baja.Kemudahan AsasKemudahan asas di tempat ternakan seperti elektrik, air, jalan raya dan sebagainya.Ilmu PengetahuanDapatkan ilmu-ilmu berkaitan sebelum memulakan ternakan seperti mendapatkan info / maklumat di internet, melawat tempat ternakan, mengikuti kursus dan sebagainya.Modal Kewangan & PerancanganModal bagi memulakan aktiviti ternakan. Buat perancangan yang teliti.Berminat dengan ternakan cacing, sila hubungi :017-9700656012-3571833darulnaim.agrotech@gmail.com
Posted by dNat » Comments:
Medium Bahan Makanan Ternakan Cacing
Apakah medium bahan makanan untuk ternakan cacing ?Sisa buangan organik merupakan medium bahan makanan untuk ternakan cacing. Senaraikan sisa buangan organik yang mudah diperolehi di persekitaran anda. Berikut adalah contoh bagaimana membuat 'audit' sisa buangan organik :Dari Isi Rumah / Sisa Dapur1-Lebihan sayuran atau sayuran rosak & kulit buah-buahan.2-Lebihan nasi.3-Hampas teh & kopi.4-Kulit telur5-Lebihan roti / roti berkulat.6-Tisu terpakai.7-Kertas terbuang, kertas surat khabar, bungkusan kertas & kotak.Dari Sisa Laman / Halaman Rumah1-Dedaun & rumput kering.2-Buah-buahan luruh / rosak.Dari Persekitaran Berdekatan1-Hampas tebu, kulit pisang & dedaun / rumput kering.2-Sisa sayuran & buah-buahan rosak dari pasar basah, kedai runcit & pasaraya.3-Daun & batang pisang.4-Daun & pelepah kelapa sawit.5-Habuk kayu.6-Jerami & sekam padi.7-Tinja ternakan - kambing & lembu.8-Sabut kelapa.Bahan-bahan yang disenaraikan dikumpul setempat & dikomposkan sedikit agar menapai terlebih dahulu & tidak panas apabila dimasukkan ke dalam plot / bekas ternakan.Semua jenis sisa buangan organik sesuai dijadikan medium bahan makanan ternakan cacing. Setiap satu perlu dirawat & distabilkan terlebih dahulu.
Posted by dNat » Comments:
Ciri-Ciri Cacing Kompos
Ciri-Ciri Asas Cacing Kompos :Gemar Memakan Lapisan AtasSifat ini dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti ternakan di plot / bekas ternakan di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas bahan makanan / medium setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini dapat memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing & baja vermikompos semasa kerja-kerja mengutip hasil.Selera Makan Yang TajamCacing kompos dianggarkan makan mengikut berat badannya. Contohnya purata berat badannya ialah 1 kg, jadi jumlah anggaran makanan yang diperlukan untuk sehari adalah lebih kurang 1 kg. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan ke dalam plot / bekas ternakan. Ini bermakna proses pembiakan telah berlaku & akan meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu kita perlu pastikan makanan asas yang akan digunakan perlulah sentiasa ada & sedia untuk digunakan.Membiak Dengan CepatSepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji kapsul kokon dalam setahun di mana setiap kapsul kokon dianggarkan mengandungi 3-4 ekor anak cacing. Dianggarkan boleh membiak sekali ganda selepas 3 bulan.
Posted by dNat » Comments:
Produk Berasaskan Cacing
EarthWorm Powder
Tepung cacing yang diproses untuk makanan tambahan haiwan ternakan Produk Kesihatan Lumbrokinase, Lumbricus Tonic & Lumbrokinase
Produk kesihatan yang menggunakan ekstrak cacing Lumbricus Rubellus
Posted by dNat » Comments:
Spesis Cacing Kompos
Cacing yang sesuai untuk aktiviti ternakan bagi penghasilan baja organik vermikompos dipanggil cacing kompos. Antara spesis cacing yang sesuai diternak bagi tujuan pengkomposan sisa buangan organik di Malaysia adalah :1-Cacing Merah ( Red Worm / Lumbricus Rubellus )2-Cacing Harimau ( Tiger Worm / Eisenia Fetida )3-Cacing Biru ( Blue Worm / Peronyx Exvacatus )4-Cacing Africa Nightcrawler ( Eudrillus Eugeniae )5-Pheretima ElongataCacing kompos biasanya tinggal di dalam tinja ternakan, timbunan kompos & bahan tumbuhan yang kaya dengan sisa organik.Cacing tanah yang biasa kita lihat atau cacing taman / cacing padang adalah jenis cacing yang tinggal di dalam tanah dengan membina terowong & lubang-lubang dalam tanah. Cacing jenis ini tidak sesuai untuk tujuan penghasilan vermikompos.
Posted by dNat » Comments:
Manafaat Ternakan Cacing
Fungsi utama cacing kompos adalah bertindak sebagai agen pengkomposan dalam proses teknologi pengkomposan sisa buangan organik dengan hasil akhir adalah baja organik vermikompos.Manafaat Ternakan Cacing Kepada Pengguna Persendirian / Penternak Skala KecilMengurangkan sisa buangan organik dari isi rumah, sisa dapur & sisa laman.Kitar semula & menambah nilai sisa buangan tersebut kepada baja organik bermutu tinggi.Baja vermikompos yang dihasilkan digunakan untuk tanaman di sekitar laman rumah.Manafaat Ternakan Cacing Kepada Penternak Haiwan - Kambing, Biri-Biri & LembuMenyelesaikan masalah pelupusan sisa buangan ternakan. Tinja ternakan digunakan dalam usaha penghasilan baja organik vermikompos.Meningkat tumbesaran haiwan ternakan dengan menjadikan cacing sebagai makanan tambahan haiwan ternakan.Menambah sumber pendapatan melalui penjualan baja organik vermikompos & cacing.Manafaat Ternakan Cacing Kepada Pengguna Pekebun / PeladangMenyelesaikan masalah kekurangan bekalan baja & peningkatan harga baja kimia.Menghasilkan baja organik untuk kegunaan ladang & lebihan baja dijual.Berminat dengan ternakan cacing, sila hubungi :017-9700656012-3571833darulnaim.agrotech@gmail.com
Posted by dNat » Comments:
Potensi Ternakan Cacing
Bidang ternakan cacing ( vermiculture ) adalah satu bidang baru di Malaysia & belum diterokai sepenuhnya. Bidang ini semakin hari semakin berkembang & mula mendapat perhatian masyarakat.Potensi ternakan cacing adalah seperti berikut :1-Hasil utama adalah baja organik vermikompos - baja organik bermutu tinggi yang mesra alam & sangat sesuai untuk semua jenis tanaman. Dijual pada harga RM 4.00 - RM 7.00 per kg di pasaran. Harga pukal bagi baja organik vermikompos adalah RM 2.50 per kg. Bagi tawaran belian balik dari pembekal, harga yang ditawarkan sekitar RM 1.00 - RM 2.00 per kg.2-Penghasilan baja organik cecair ( vermi tea ). Harga jualan sekitar RM 10.00 - RM 15.00 per liter.3-Benih & induk cacing. Harga pasaran RM 450.00 - RM 600.00 per kg untuk tawaran belian balik hasil ternakan oleh beberapa pembekal. Terdapat juga pembekal yang menawarkan harga sekitar RM 250.00 - RM 350.00 per kg tanpa tawaran belian balik.Bagi tawaran pembelian balik, harga belian yang ditawarkan oleh pembekal adalah sekitar RM 80.00 - RM 120.00 per kg.4-Cacing sesuai dijadikan makanan tambahan berprotein tinggi & kandungan asid amino yang baik untuk tumbesaran haiwan ternakan.5-Bahan tambahan untuk produk kosmetik & farmaseutikal / perubatan. Produk berasaskan cacing untuk tujuan kosmetik & farmaseutikal / perubatan terdapat di pasaran luar negara seperti China & Indonesia. Beberapa syarikat tempatan telah memulakan program R&D bagi penghasilan produk berasaskan cacing.6-Terdapat pengusaha ternakan cacing yang menyediakan penjualan bekas, rak & peralatan sokongan untuk ternakan cacing. Rak kayu 3 tingkat dengan ukuran setiap tingkat 4 kaki x 2 kaki dijual pada harga RM 120.00 - RM 150.00 per unit. Antara peralatan sokongan pula seperti penyukat suhu, kelembapan & pH, alat pengayak baja & mesin pengisar.7-Penjualan medium / bahan makanan juga boleh dijadikan pendapatan tambahan untuk pengusaha ternakan cacing. Dijual pada harga RM 0.80 - RM 1.50 per kg.8-Penyediaan kursus, bimbingan & khidmat nasihat untuk ternakan cacing kompos.Berminat dengan ternakan cacing, sila hubungi :017-9700656012-3571833darulnaim.agrotech@gmail.com
Posted by dNat » Comments:
Kursus Ternakan Cacing
Wednesday, August 13, 2008
DARULNAIM agrotech menyediakan kursus ternakan cacing bagi penghasilan baja organik vermikompos kepada mana-mana individu / kumpulan yang berminat. Setiap seisi terhad kepada 5 peserta sahaja.
Kursus ternakan cacing DNAT meliputi :
1-Penerangan Tentang Ternakan Cacing
2-Amali / Praktikal
3-Nota Ternakan Cacing
4-Kalkulator Pengiraan Nisbah C/N
5-Kit Permulaan Ternakan Cacing
Mengandungi induk / benih cacing spesis africa nightcrawler, bekas plastik, medium / bahan makanan, penyembur air, sarung tangan getah, pengayak baja mini, 500 ml EMAS & 900 gm baja vermikompos.
5-Makan & Minum Disediakan.
2 pilihan pakej kursus :
PAKEJ KURSUS VERMICULTURE DNAT ( I ) RM 180.00 / peserta
Meliputi penerangan [ teori ] & praktikal ternakan cacing.
Setiap peserta akan memperolehi Kit Ternakan Cacing DNAT [ I ] yang mengandungi ½ kg cacing, 15 kg medium, 1 unit bekas plastik, 1 unit penyembur air, 1 pasang sarung tangan getah, 1 unit pengayak baja, 900 gm baja vermikompos DNAT, 500 ml EM-1 + molases & 1 naskah Nota Ternakan Cacing DNAT.
PAKEJ KURSUS VERMICULTURE DNAT ( II ) RM 300.00 / peserta
Meliputi penerangan [ teori ] & praktikal ternakan cacing.
Setiap peserta akan memperolehi Kit Ternakan Cacing DNAT [ II ] yang mengandungi 1 kg cacing, 30 kg medium, 2 unit bekas plastik, 1 unit penyembur air, 1 pasang sarung tangan getah, 1 unit pengayak baja, 900 gm baja vermikompos DNAT, 500 ml EM-1 + molases & 1 naskah Nota Ternakan Cacing DNAT.
DNAT juga menyediakan perkhidmatan kursus & demostrasi ternakan cacing di lokasi peserta. Untuk yang berada di Kelantan sahaja.
Maklumat lanjut, hubungi :
017-9700656
014-8002900
darulnaim.agrotech@gmail.comSeisi penerangan tentang bidang ternakan cacing meliputi :
Pengenalan Kepada Vermiculture
Keperluan Asas Vermiculture
Langkah Memulakan Ternakan Cacing
Pra-Kompos Sisa Buangan Organik ( Penyediaan Medium )
Nisbah C/N & Pengiraan
Penyediaan Bekas / Plot Ternakan
Pemindahan Induk Cacing Ke Bekas / Plot Ternakan
Masalah Dalam Ternakan Cacing & Penyelesaian
Penuaian Baja Vermikompos
Penghasilan Baja Cecair ( Vermi-Tea )
Penggunaan Efektif Mikrob ( EM-1 )
Seisi amali / praktikal meliputi :
Penyediaan EM Actived Solution ( EMAS )
Proses Penyediaan Medium & Bekas / Plot Ternakan
Pemindahan Cacing Ke Bekas / Plot Ternakan
Penuaian Baja Vermikompos
Penyediaan Baja Cecair Vermi-Tea
Posted by dNat » Comments:
Ternakan Cacing Kompos ( Vermiculture )
Aktiviti ternakan cacing ( vermiculture ) merupakan satu kaedah alternatif bagi pelupusan sisa buangan organik dengan hasil akhirnya adalah baja organik vermikompos. Cacing berfungsi sebagai agen pengkomposan dengan memakan sisa buangan organik & menukar sisa tersebut kepada baja organik bermutu tinggi, iaitu baja vermikompos yang mengandungi vermicast ( najis cacing ) & sisa kompos. Baja vermikompos terbukti sesuai untuk tanaman pertanian & berupaya meningkatkan hasil tanaman.Selain itu cacing juga sesuai dijadikan makanan tambahan yang berkhasiat kepada haiwan ternakan. Kandungan protein yang tinggi & asid amino yang terdapat pada cacing membantu tumbesaran haiwan ternakan. Nisbah 'makanan : kadar pertambahan berat' haiwan ternakan akan menjadi lebih baik.Khasiat yang terdapat pada cacing juga telah digunakan sebagai bahan tambahan bagi tujuan penghasilan produk kosmetik & farmaseutikal / perubatan.Aktiviti ternakan cacing boleh dilakukan di dalam atau di luar rumah samada secara kecil-kecilan, sederhana atau besar-besaran. Persekitaran, suhu & cuaca di Malaysia amat sesuai bagi tujuan ini. Teknologi pengkomposan aktif menggunakan cacing telah lama dijalankan di negara-negara luar seperti India, Cuba, Kanada, Australia, New Zealand & China.Di Selatan India terdapat beberapa buah kampung yang menjalankan aktiviti vermiculture untuk membaja tanaman mereka.Negara Cuba yang menjadi mangsa sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat berjaya mengatasi kekurangan baja import melalui kaedah penghasilan baja organik vermikompos hasil ternakan cacing. Sehingga kini Cuba masih bertahan sebagai negara pertanian terutamanya dalam pengeluaran komoditi gula.Beberapa bandar di Kanada & Australia telah menjadikan aktiviti ternakan cacing sebagai cara melupuskan sisa buangan organik bandaran.Di New Zealand teknologi pengkomposan menggunakan cacing digunakan untuk meningkat hasil tanaman anggur.Masyarakat di China & Indonesia telah lama menggunakan cacing dalam perubatan tradisional mereka.
Berminat dengan ternakan cacing, hubungi :
017-9700656
012-3571833
darulnaim.agrotech@gmail.com
Posted by dNat » Comments:
DARULNAIM agrotech
DARULNAIM agrotech ( KT 0243832-A )
Didaftarkan pada Jun 2008 & melibatkan diri dalam industri pertanian & penternakan. Aktiviti utama DNAT adalah menjalankan aktiviti ternakan cacing bagi penghasilan baja organik vermikompos. Selari dengan hasrat kerajaan yang ingin mengurangkan penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian & perladangan menjelang 2010, DNAT mengambil langkah melibatkan diri dalam aktiviti penghasilan baja organik menggunakan teknologi pengkomposan aktif, dimana spesis cacing kompos bertindak sebagai agen pengkomposan sisa buangan organik untuk menukarkannya kepada baja organik vermikompos.
Posted by dNat » Comments: