<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Potensi Ternakan Cacing

Thursday, August 14, 2008

Bidang ternakan cacing ( vermiculture ) adalah satu bidang baru di Malaysia & belum diterokai sepenuhnya. Bidang ini semakin hari semakin berkembang & mula mendapat perhatian masyarakat.

Potensi ternakan cacing adalah seperti berikut :

1-Hasil utama adalah baja organik vermikompos - baja organik bermutu tinggi yang mesra alam & sangat sesuai untuk semua jenis tanaman. Dijual pada harga RM 4.00 - RM 7.00 per kg di pasaran. Harga pukal bagi baja organik vermikompos adalah RM 2.50 per kg. Bagi tawaran belian balik dari pembekal, harga yang ditawarkan sekitar RM 1.00 - RM 2.00 per kg.

2-Penghasilan baja organik cecair ( vermi tea ). Harga jualan sekitar RM 10.00 - RM 15.00 per liter.

3-Benih & induk cacing. Harga pasaran RM 450.00 - RM 600.00 per kg untuk tawaran belian balik hasil ternakan oleh beberapa pembekal. Terdapat juga pembekal yang menawarkan harga sekitar RM 250.00 - RM 350.00 per kg tanpa tawaran belian balik.

Bagi tawaran pembelian balik, harga belian yang ditawarkan oleh pembekal adalah sekitar RM 80.00 - RM 120.00 per kg.

4-Cacing sesuai dijadikan makanan tambahan berprotein tinggi & kandungan asid amino yang baik untuk tumbesaran haiwan ternakan.

5-Bahan tambahan untuk produk kosmetik & farmaseutikal / perubatan. Produk berasaskan cacing untuk tujuan kosmetik & farmaseutikal / perubatan terdapat di pasaran luar negara seperti China & Indonesia. Beberapa syarikat tempatan telah memulakan program R&D bagi penghasilan produk berasaskan cacing.

6-Terdapat pengusaha ternakan cacing yang menyediakan penjualan bekas, rak & peralatan sokongan untuk ternakan cacing. Rak kayu 3 tingkat dengan ukuran setiap tingkat 4 kaki x 2 kaki dijual pada harga RM 120.00 - RM 150.00 per unit. Antara peralatan sokongan pula seperti penyukat suhu, kelembapan & pH, alat pengayak baja & mesin pengisar.

7-Penjualan medium / bahan makanan juga boleh dijadikan pendapatan tambahan untuk pengusaha ternakan cacing. Dijual pada harga RM 0.80 - RM 1.50 per kg.

8-Penyediaan kursus, bimbingan & khidmat nasihat untuk ternakan cacing kompos.


Berminat dengan ternakan cacing, sila hubungi :

017-9700656
012-3571833

darulnaim.agrotech@gmail.com

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl