<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

Kadar Carbon / Nitrogen

Friday, November 28, 2008

Petikan dari ImpaxBokashi.Wordpress :

Pengetahuan tentang kadar C/N perlu dalam pembikinan baja & menjadi asas pemilihan bahan mentah yang bersesuaian. Karbon [C] merupakan sumber tenaga untuk mikrob. Manakala Nitrogen [N] berfungsi bagi menjalankan proses metabolisme.

Dalam proses penguraian / pereputan, kadar C/N dalam bahan mentah adalah tinggi - menghampiri 30 ke atas. Selesai proses tersebut, bacaannya menurun - berada dalam lingkungan 20 ke bawah.

Bahan mentah yang mempunyai kandungan N yang tinggi - Tinja haiwan, serbuk ikan & tumbuhan kekacang.

Bahan mentah yang mempunyai kandungan N yang rendah - Sisa tumbuhan [ kaya dengan fiber / serat yang berfungsi mengubah struktur tanah & meningkatkan aktiviti mikrob ]


3 jenis bahan mentah untuk penghasilan baja organik :

1-SUMBER KARBON

Membentuk sifat fizikal baja organik. Antaranya sekam padi, batang jagung, batang pisang, jerami dll.

2-SUMBER NITROGEN

Berfungsi bagi tindakan penguraian mikrob dalam tanah & bekalan makanan untuk tanaman. Antaranya hampas soya, tinja haiwan dll.

3-TINJA HAIWAN

Posted by dNat » Comments:

Kadar Carbon / Nitrogen

Kadar Carbon / Nitrogen dapat mengukur kualiti kompos yang dihasilkan. Carbon ( C ) berfungsi sebagai sumber tenaga, manakala Nitrogen ( N ) berfungsi bagi pembentukan sel-sel baru. Kadar C/N merujuk kepada jumlah bahagian Carbon kepada 1 bahagian Nitrogen. Kadar C/N terbaik adalah 30 ( julat antara 20-40 ).

Contohnya medium campuran pengusaha Nas Vermitech ( Cucimanja / Nabhan ) iaitu 50% sisa cendawan terpakai ( SMS ) & 50% tinja kambing menghasilkan kadar C/N 30.37. Ianya menunjukkan kandungan C adalah 30.37 bahagian kepada 1 bahagian N.

Campuran yang memperolehi kadar C/N sekitar 30 dipra-komposkan beberapa minggu & kadar C/N akan turun sekitar 15-20.


Bagi mempercepatkan penguraian / pengkomposan sisa buangan organik, nisbah C:N harus sekurang-kurangnya 21:1.


Kadar C/N terlalu tinggi : Kualiti rendah & semakin tinggi kadar C/N, semakin lama tempoh masa yang diperlukan oleh mikrob untuk menguraikannya.

Kadar C/N terlalu rendah : Nitrogen tidak digunakan & N terlarut lesap - bertukar menjadi ammonia & terbebas sebagai gas.


Pecahan kadar C/N bagi beberapa bahan organik :

TINJA LEMBU - C/N : 12 [ %C : 20 - % N : 1.7 ]
HABUK KAYU - C/N : 450 [ %C : 450 - % N : 0.08 ]
JERAMI PADI - C/N : 100 [ %C : 36 - % N : 0.4 ]


Sumber Rujukan :
Eudrillus [ Capt. Zaman ESI Group ]
ImpaxBokashi [ Melor ]
Nas Vermitech [ Cucimanja / Nabhan ]





Rujukan : Organicgardening.com



Mikrob pengurai sisa buangan organik memerlukan Karbon [C] & Nitrogen [N] untuk pertumbuhan & pemakanan. Secara purata mikrob memerlukan 30 bahagian [C] & 1 bahagian [N]. Kadar C/N dalam lingkungan 30:1 dalam medium memberikan imbangan zat makanan yang sempurna untuk kecekapan aktiviti mikrob.

Jika [C] melebihi 36, medium / kompos memerlukan tempoh masa yang lama untuk mencapai tahap kematangan kerana kekurangan [N].

Jika [C] di bawah 26, kelebihan [N] berlaku. Ini akan menyebabkan Nitrogen ditukar menjadi ammonia & hilang sebagai wap.

Kompos / Medium dianggap matang apabila aktiviti mikrobnya & proses penguraian tiba di tahap matang.

Semua sisa buangan organik tumbuhan terutamanya yang berserat / fiber mengandungi [C] yang tinggi. Oleh itu [N] samada dalam bentuk baja organik atau bukan organik perlu ditambah pada sisa buangan tersebut bagi menurunkan kadar C/N sehingga menghampiri 30. Apabila ianya dicapai, mikrob boleh menguraikan sisa buangan tersebut dengan lebih efektif.




Download Kalkulator Pengiraan Kadar C/N, klik link di bawah :

  • Kalkulator Pengiraan Kadar C/N


  • **Sumbangan One Earth Agroworld

    Posted by dNat » Comments:

    OHN & Vermiculture



    ALTERNATIF PENYELESAIAN MASALAH HAMA

    Oriental Herbal Nutrien ( OHN ) yang dihasilkan menggunakan tumbuhan / bahan-bahan herba seperti halia, bawang putih, kulit kayu manis dll. Tumbuhan herba memiliki nilai perubatan yang tinggi & anti-oksidan ( anti kulat, anti kuman & antibiotik ). Ianya juga dijadikan bahan asas dalam produk kecantikan & kesihatan.

    Fungsi anti-oksidan berupaya meningkatkan sistem pertahanan tanaman dari serangan kulat / virus serta serangga perosak. Selain berfungsi sebagai baja larutan / baja foliar, OHN juga berfungsi sebagai penghalau serangga perosak, rawatan ternakan & medium pembersihan.

    Fungsi OHN sebagai penghalau serangga perosak boleh diaplikasikan dalam bidang vermiculture terutamanya sebagai alternatif untuk menghalau hama. Masalah kehadiran hama dalam plot ternakan cacing kerap dihadapi oleh pengusaha vermiculture.

    Ianya bukan sekadar menjadi alternatif kepada pengusaha vermiculture dalam menghadapi masalah hama, OHN juga berupaya menjadi bahan 'booster' untuk baja vermikompos - kandungan NPK & mineral dalam kuantiti tertentu.

    Cairkan 1 sudu larutan pekat OHN dengan 500 / 1000 liter air bebas klorin & sembur pada permukaan medium untuk menghalau hama. Nisbah campuran berdasarkan nisbah EM untuk semburan pada persekitaran vermikompos.


    Sumber Rujukan :

    ImpaxBokashi.Wordpress.com

    Posted by dNat » Comments: