Friday, November 28, 2008
Petikan dari ImpaxBokashi.Wordpress :Pengetahuan tentang kadar C/N perlu dalam pembikinan baja & menjadi asas pemilihan bahan mentah yang bersesuaian. Karbon [C] merupakan sumber tenaga untuk mikrob. Manakala Nitrogen [N] berfungsi bagi menjalankan proses metabolisme.
Dalam proses penguraian / pereputan, kadar C/N dalam bahan mentah adalah tinggi - menghampiri 30 ke atas. Selesai proses tersebut, bacaannya menurun - berada dalam lingkungan 20 ke bawah.
Bahan mentah yang mempunyai kandungan N yang tinggi - Tinja haiwan, serbuk ikan & tumbuhan kekacang.
Bahan mentah yang mempunyai kandungan N yang rendah - Sisa tumbuhan [ kaya dengan fiber / serat yang berfungsi mengubah struktur tanah & meningkatkan aktiviti mikrob ]
3 jenis bahan mentah untuk penghasilan baja organik :
1-SUMBER KARBON
Membentuk sifat fizikal baja organik. Antaranya sekam padi, batang jagung, batang pisang, jerami dll.
2-SUMBER NITROGEN
Berfungsi bagi tindakan penguraian mikrob dalam tanah & bekalan makanan untuk tanaman. Antaranya hampas soya, tinja haiwan dll.
3-TINJA HAIWAN
Salam Ustaz,
no 3 tinja haiwan tu bukan dah masuk kumpulan no 2(nitrogen)
bulking agent/bedding, macamana pula ?
- terra
sbnrnya banyak lg info yg tak mampu nak dihuraikan dlm post ni, sbb tak da org leh guide ttg unsur matematik kompos.
jd walaupun penting, kadar c/n hampir tidak digunakan sbb tak tahu kaedah menggunakan formulanya. yang kita tahu adalah guna jawapan saja. mungkin cik kamarul blh membantu isu ini. mungkin sbnrnya kadar c/n ada byk rahsia lain.
soalan cik terra tu rasanya cik melor bleh komen kot .. saya pon byk refer kat blog dia ..
berkenaan bulking agent dlm medium vermiculture - berfungsi membantu rongga2 pengudaraan dlm medium .. bedding sebagai alas .. bhn utk bedding & bulking agent biasanya berunsur C ..
bila saya tercari2 kaedah utk mempertingkatkan keupayaan baja vc, saya byk refer blog melor .. sblm ni selalu follow posting2 dia dlm forum BJ terutamanya masa mula2 kenal EM .. Capt pun cakap Cik Melor ni expert bab EM .. byk perkara yg kena explore .. bila banding ngan kaedah vermiculture dr india ratio C/N diaorg sekitar 23 ..
Leave your response