<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Komuniti Emas Hitam MOC

Friday, January 2, 2009




Komuniti Emas Hitam MOC [ onlinecafe.com.my ]

1 komuniti yang menghimpunkan sekumpulan pengusaha ternakan cacing bumiputera seluruh Malaysia. Ianya cetusan idea seorang pengusaha vermiculture untuk mewujudkan 1 komuniti secara online & dijadikan platform perbincangan aspek-aspek ternakan cacing termasuk aspek pemasaran / promosi sesama ahli komuniti. Forum Online Cafe [ http://onlinecafe.com.my/ ] dijadikan platform untuk komuniti ini bertapak secara online. Selain seisi perbincangan secara online, beberapa perjumpaan sesama ahli turut dilakukan 2-3 kali sebulan.

Semoga komuniti ini dapat memberi manafaat bukan sahaja kepada ahli komuniti, bahkan kepada bidang vermiculture di Malaysia.

Posted by dNat » Comments:

EM-1, Yakult, Vitagen & Kultur ABC

Thursday, January 1, 2009

EM adalah nama am yang diberikan kepada kumpulan mikrob yang dianggap berfaedah / baik.

EM-1 adalah jenama yang dipatenkan untuk inokulan mikrob berfaedah yang ditemui. Ia dikembangkan oleh Prof Dr Teruo Higa & dipasarkan oleh syarikat-syarikat seluruh dunia yang dilesenkan oleh EM Research Organization [ EMRO ].

EM-1 adalah kultur / inokulan mikrob berfaedah ( Pro Biotik ) terutamanya Bakteria Asid Laktik, Yis & Bakteria Photosintetik yang dikembang-biak dalam makmal terkawal. Kumpulan mikrobnya diperolehi dari mikrobial bank tertentu. Ianya bertujuan untuk dijadikan inokulan, maka ianya dikhususkan untuk dikembang-biakkan setelah diaktifkan mengikut prosedur pengaktifan EM Activated Solution [ EMAS ].

Yakult, Vitagen & Kultur ABC merupakan kultur mikrob berfaedah - pro biotik gred makanan [ food grade ]. Ianya bukan bertujuan dikembang-biakkan, maka penggunaannya sebagai ganti EM-1 diragui & dikhuatiri tidak selari dengan tujuan pengkulturan EM-1. Paling ketara adalah dari segi 'bacteria count' tidak sepadat EM-1.


Sumber Rujukan : Eudrillus ( Capt Zaman ESI Group )

Posted by dNat » Comments:

Salam Ma'al Hijrah

Monday, December 29, 2008

DNAT mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah 1430 kepada semua muslimin & muslimat di seluruh pelusuk dunia. Moga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan & semangat untuk memperbaiki diri kita. Insya'allah usaha yang mulia & ikhlas diberkati Allah subhanawata'ala.

... DARULNAIM agrotech

1 Muharram 1430 Hijrah

Posted by dNat » Comments: