EM-1, Yakult, Vitagen & Kultur ABC
Thursday, January 1, 2009
EM adalah nama am yang diberikan kepada kumpulan mikrob yang dianggap berfaedah / baik.EM-1 adalah jenama yang dipatenkan untuk inokulan mikrob berfaedah yang ditemui. Ia dikembangkan oleh Prof Dr Teruo Higa & dipasarkan oleh syarikat-syarikat seluruh dunia yang dilesenkan oleh EM Research Organization [ EMRO ].
EM-1 adalah kultur / inokulan mikrob berfaedah ( Pro Biotik ) terutamanya Bakteria Asid Laktik, Yis & Bakteria Photosintetik yang dikembang-biak dalam makmal terkawal. Kumpulan mikrobnya diperolehi dari mikrobial bank tertentu. Ianya bertujuan untuk dijadikan inokulan, maka ianya dikhususkan untuk dikembang-biakkan setelah diaktifkan mengikut prosedur pengaktifan EM Activated Solution [ EMAS ].
Yakult, Vitagen & Kultur ABC merupakan kultur mikrob berfaedah - pro biotik gred makanan [ food grade ]. Ianya bukan bertujuan dikembang-biakkan, maka penggunaannya sebagai ganti EM-1 diragui & dikhuatiri tidak selari dengan tujuan pengkulturan EM-1. Paling ketara adalah dari segi 'bacteria count' tidak sepadat EM-1.
Sumber Rujukan : Eudrillus ( Capt Zaman ESI Group )
Leave your response