Saturday, December 20, 2008
Sering kali berlaku setiap kali tuaian baja dilakukan akan ada banyak anak-anak cacing halus yang terlepas keluar dari penapis. Saiznya amat halus & kadang kala pengusaha membiarkan saja bersama-sama baja vermikompos. Pelbagai cara dicadangkan untuk mengurangkan % 'kehilangan' anak cacing selepas proses tuaian dilakukan.Salah satunya seperti kaedah ini ;
Selepas baja vermikompos diasingkan dari induk cacing akan ada cacing yang terlepas ke dalam baja vermikompos terutamanya yang bersaiz kecik / halus. Tutup baja dengan kertas lembab. Pastikan kertas sentiasa lembab. Kertas kering akan mengakibatkan cacing terutamanya anak cacing 'dehydrated'. Selepas dibiarkan 2-3 hari, akan ada cacing yang berkumpul & melekat di kertas lembab tersebut. Pindahkan kertas lembab itu ke dalam plot. Ulangi beberapa kali. Sekurang-kurang % kehilangan anak cacing dapat dikurangkan.
Boleh juga gunakan guni jut yang lembab sebagai ganti kertas / kotak lembab.
From Vermiculture Gallery |
Leave your response