<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

Penggunaan EM-1

Saturday, August 16, 2008




Apa itu EM-1 ?

EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.


Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario. Di Malaysia - Jabatan Pengairan & Saliran ( JPS ) telah menggunakan EM-1 bagi tujuan pemulihan kualiti beberapa sungai & tasik.



EM-1 Dalam Persekitaran Vermicomposting


Penggunaan EM-1 dalam usaha vermicomposting amat digalakkan & penggunaannya bermula pada peringkat pra-pengkomposan bagi mempercepatkan jangka masa penguraian / pereputan sisa buangan organik.

Mikrob berfaedah mula membiak & berfungsi pada peringkat pra-pengkomposan dalam persekitaran vermicomposting. Ianya dapat menambah nilai mutu baja secara menyeluruh.


Mikrob berfaedah ada di mana-mana & ianya penting sebagai salah satu agen penguraian / pengkomposan terutamanya Lactobacillus. Ianya saling bekerjasama dengan cacing kompos dalam sistem vermicomposting. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput & memakan medium besertamikrob bagi membantu penghadaman.
Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen yang sangat merbahaya kepada manusia.

Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.


EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.


PROSES MENGAKTIFKAN EM-1

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

EM-1
Gula Merah / Molases
Air Bersih ( Bebas Klorin )
Tong / Botol Plastik Berpenutup

Nisbah Bancuhan - 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih

Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.

Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.

Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.

Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.

Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.

EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.

Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.

Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.


Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).
Nisbah campuran EMAS : Air Bersih seperti berikut :

1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.

EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.

EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.


DARULNAIM agrotech menawarkan 1 set Efektif Mikrob ( EM.1 ) berharga RM 35.00 yang mengandungi :

1 liter EM.1
1 liter molases
1 unit botol penyukat 100 ml.
Nota Penggunaan EM.1.



Untuk pesanan & belian, hubungi :

017-9700656
014-8002900

darulnaim.agrotech@gmail.com

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl