Keperluan Asas Untuk Ternakan Cacing
Thursday, August 14, 2008
Sumber Bekalan Sisa Buangan OrganikBekalan sumber sisa buangan organik yang berdekatan dengan tempat ternakan. Buat 'audit' sisa buangan di persekitaran anda.
Rumah / Bangsal & Ruang Ternakan
Tempat untuk aktiviti ternakan cacing. Tidak semestinya mempunyai ruang yang luas terutamanya penternak skala kecil. Manafaatkan ruang-ruang kosong. Ruang ternakan perlulah tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari & air hujan. Ciri-ciri keselamatan untuk mencegah musuh cacing / serangga perosak seperti ular, tikus, burung, lipas dan sebagainya.
Bekas / Sistem Ternakan
Pelbagai bekas / sistem yang boleh digunakan seperti kolah / palong, bekas plastik, bekas polisterin, bekas kayu, rak kayu bertingkat, bekas fiber dan sebagainya.
Peralatan Sokongan
Peralatan sokongan yang diperlukan untuk memudahkan aktiviti ternakan seperti penyembur air, tangki takungan air, sarung tangan, alat pengayak baja dan sebagainya.
Ruang Pengkomposan & Pemprosesan Baja
Perlu sediakan ruang untuk pengkomposan sisa buangan organik & ruang untuk pemprosesan / penyimpanan baja.
Kemudahan Asas
Kemudahan asas di tempat ternakan seperti elektrik, air, jalan raya dan sebagainya.
Ilmu Pengetahuan
Dapatkan ilmu-ilmu berkaitan sebelum memulakan ternakan seperti mendapatkan info / maklumat di internet, melawat tempat ternakan, mengikuti kursus dan sebagainya.
Modal Kewangan & Perancangan
Modal bagi memulakan aktiviti ternakan. Buat perancangan yang teliti.
Berminat dengan ternakan cacing, sila hubungi :
017-9700656
012-3571833
darulnaim.agrotech@gmail.com
Leave your response