<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

Ternakan Cacing Kompos ( Vermiculture )

Wednesday, August 13, 2008

Aktiviti ternakan cacing ( vermiculture ) merupakan satu kaedah alternatif bagi pelupusan sisa buangan organik dengan hasil akhirnya adalah baja organik vermikompos. Cacing berfungsi sebagai agen pengkomposan dengan memakan sisa buangan organik & menukar sisa tersebut kepada baja organik bermutu tinggi, iaitu baja vermikompos yang mengandungi vermicast ( najis cacing ) & sisa kompos. Baja vermikompos terbukti sesuai untuk tanaman pertanian & berupaya meningkatkan hasil tanaman.

Selain itu cacing juga sesuai dijadikan makanan tambahan yang berkhasiat kepada haiwan ternakan. Kandungan protein yang tinggi & asid amino yang terdapat pada cacing membantu tumbesaran haiwan ternakan. Nisbah 'makanan : kadar pertambahan berat' haiwan ternakan akan menjadi lebih baik.

Khasiat yang terdapat pada cacing juga telah digunakan sebagai bahan tambahan bagi tujuan penghasilan produk kosmetik & farmaseutikal / perubatan.

Aktiviti ternakan cacing boleh dilakukan di dalam atau di luar rumah samada secara kecil-kecilan, sederhana atau besar-besaran. Persekitaran, suhu & cuaca di Malaysia amat sesuai bagi tujuan ini. Teknologi pengkomposan aktif menggunakan cacing telah lama dijalankan di negara-negara luar seperti India, Cuba, Kanada, Australia, New Zealand & China.

Di Selatan India terdapat beberapa buah kampung yang menjalankan aktiviti vermiculture untuk membaja tanaman mereka.

Negara Cuba yang menjadi mangsa sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat berjaya mengatasi kekurangan baja import melalui kaedah penghasilan baja organik vermikompos hasil ternakan cacing. Sehingga kini Cuba masih bertahan sebagai negara pertanian terutamanya dalam pengeluaran komoditi gula.

Beberapa bandar di Kanada & Australia telah menjadikan aktiviti ternakan cacing sebagai cara melupuskan sisa buangan organik bandaran.

Di New Zealand teknologi pengkomposan menggunakan cacing digunakan untuk meningkat hasil tanaman anggur.

Masyarakat di China & Indonesia telah lama menggunakan cacing dalam perubatan tradisional mereka.


Berminat dengan ternakan cacing, hubungi :

017-9700656
012-3571833

darulnaim.agrotech@gmail.com

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl