Perbandingan Baja Vermikompos - Baja Kimia
Thursday, October 9, 2008
1-KANDUNGAN MAKRO NUTRIENBAJA KIMIA : Biasanya mengandungi 1 unsur sahaja ( N - Baja Urea ) atau maksima 2 unsur ( N & P - Baja DAP )
BAJA VERMIKOMPOS : Mengandungi kesemua unsur NPK pada kadar yang mencukupi untuk tanaman.
2-KANDUNGAN MIKRO NUTRIEN
BAJA KIMIA : Tiada
BAJA VERMIKOMPOS : Mengandungi Zinc ( Zn ), Boron ( B ), Magnesium ( Mn ), Besi ( Fe ), Copper ( Cu ), Molybdenum ( Mo ) & Chlorine ( Cl ).
3-KANDUNGAN NUTRIEN SEKUNDER
BAJA KIMIA : Tiada
BAJA VERMIKOMPOS : Mengandungi Calcium ( Ca ), Magnesium ( Mg ) & Sulfur ( S ) pada kadar yang mencukupi.
4-KADAR KESEIMBANGAN pH
BAJA KIMIA : Mengganggu pH tanah - Berasid atau beralkali.
BAJA VERMIKOMPOS : Membantu mengawal pH tanah.
5-KARBON ORGANIK
BAJA KIMIA : Tiada
BAJA VERMIKOMPOS : Kandungan karbon organik & humus yang tinggi mempertingkatkan kesuburan tanah.
6-DAYA SERAPAN KELEMBAPAN
BAJA KIMIA : Mengurangkan daya serapan kelembapan tanah.
BAJA VERMIKOMPOS : Meningkatkan daya serapan kelembapan tanah.
7-STRUKTUR TANAH
BAJA KIMIA : Merosakkan struktur tanaha & mengurangkan ruang pengudaraan.
BAJA VERMIKOMPOS : Memperbaiki struktur tanah & mempertingkatkan pengudaraan.
8-MIKROB & BAKTERIA BERFAEDAH
BAJA KIMIA : Mengurangkan aktiviti biologi. Kesuburan tanah merosot.
BAJA VERMIKOMPOS : Hidupan biologi yang tinggi. Mempertingkatkan kesuburan & produktiviti tanah.
9-HORMON PERTUMBUHAN TANAMAN
BAJA KIMIA : Tiada
BAJA VERMIKOMPOS : Kuantiti hormon pertumbuhan tanaman yang mencukupi bagi membantu pertumbuhan tanaman & mempertingkat hasil pengeluaran.
10-KADAR SERAPAN NUTRIEN
BAJA KIMIA : Mengakibatkan ketidakseimbangan EC tanah. Menjejaskan kadar serapan nutrien.
BAJA VERMIKOMPOS : Membantu menstabilkan EC tanah. Meningkatkan kadar serapan nutrien oleh tanaman.