<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Masalah - Anak Cacing

Saturday, December 20, 2008

Sering kali berlaku setiap kali tuaian baja dilakukan akan ada banyak anak-anak cacing halus yang terlepas keluar dari penapis. Saiznya amat halus & kadang kala pengusaha membiarkan saja bersama-sama baja vermikompos. Pelbagai cara dicadangkan untuk mengurangkan % 'kehilangan' anak cacing selepas proses tuaian dilakukan.

Salah satunya seperti kaedah ini ;

Selepas baja vermikompos diasingkan dari induk cacing akan ada cacing yang terlepas ke dalam baja vermikompos terutamanya yang bersaiz kecik / halus. Tutup baja dengan kertas lembab. Pastikan kertas sentiasa lembab. Kertas kering akan mengakibatkan cacing terutamanya anak cacing 'dehydrated'. Selepas dibiarkan 2-3 hari, akan ada cacing yang berkumpul & melekat di kertas lembab tersebut. Pindahkan kertas lembab itu ke dalam plot. Ulangi beberapa kali. Sekurang-kurang % kehilangan anak cacing dapat dikurangkan.

Boleh juga gunakan guni jut yang lembab sebagai ganti kertas / kotak lembab.



From Vermiculture Gallery

Posted by dNat » Comments:

Unsur NPK Baja Vermikompos

Friday, December 19, 2008

Wujud isu tentang kandungan NPK dalam baja vermikompos. Secara umumnya kandungan NPK baja vermikompos sekitar 2-2-1. Kekuatan baja vermikompos terletak pada kepelbagaian unsur surih [ trace elements ] dalam kuantiti yang diperlukan oleh tanaman. Konsep tindakan baja organik adalah :

50% merawat tanah
50% membajai tanaman

Kesan penggunaannya agak perlahan [ mengambil masa sekitar 2 - 3 minggu ]. Untuk jangka panjang ianya merawat & memperbaiki tanah. Tanah & tanaman akan menjadi subur secara perlahan-laahan. Unsur surih [ trace elements ] membantu menstruktur kandungan NPK yang rendah untuk diserap oleh tanaman.

Untuk semaian anak pokok, baja vermikompos cukup sesuai kerana tidak memberikan 'suasana sensitif' kepada anak pokok [ semaian ] yang sensitif dengan kepekatan kandungan nutrien. Ianya juga sesuai untuk pokok renek. Bagaimana pula untuk pokok bersaiz sederhana & besar ? Tentunya memerlukan kuantiti baja organik vermikompos yang lebih tinggi.

Terdapat pendapat yang menyatakan agak sukar untuk baja vermikompos memperolehi NPK melebihi 1-1-1. Terdapat pengusaha vermikompos yang berupaya meningkatkan kandungan NPK baja vermikompos sekitar 3-3-3 walaupun wujud turun-naik % dalam unsur surih.

Persoalan di sini mampukah kandungan NPK baja vermikompos ditingkatkan ?

Pada pendapat saya ialah boleh ditingkatkan. Kenapa ? Saya ambil contoh kandungan NPK campuran dedaun kakawate & rerumput dalam nisbah % sebelum dikomposkan oleh cacing adalah 0.5 - 0.2 - 0.6. Apabila dikomposkan oleh cacing & menjadi vermikompos kandungan NPK meningkat kepada 2-1-3. Wujud peningkatan ketara kandungan NPK selepas dikomposkan oleh cacing berbanding NPK sebelumnya. Adakah tiada campuran bahan organik yang mempunyai % kandungan NPK yang lebih tinggi ?

Posted by dNat » Comments:

Penggunaan Baja Vermikompos

Tuesday, December 16, 2008

Pokok cili sudah mula mengeluarkan buah.

From Penggunaan Baja Vermikompos Pada Tanaman


From Penggunaan Baja Vermikompos Pada Tanaman

Posted by dNat » Comments: