Kursus Penghasilan Baja Organik Secara Online
Saturday, November 22, 2008
ImpaxBokashi menawarkan kursus penghasilan baja organik secara online PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang berminat membuat baja sendiri tetapi tiada panduan asas. Kursus secara online selama 15 hari bersama ImpaxBokashi membantu anda menghasilkan baja sendiri & memberi panduan bagaimana mencerap potensi bahan serta kegunaannya.
Kursus ini bermula pada 24 November 2008 ( Isnin ). Panduan penghasilan baja larutan @ foliar spray yang dinamakan Oriental Herbal Nutrient ( OHN ).
Untuk menyertai kursus ini, layari :
impaxbokashi.wordpress.com
Posted by dNat » Comments:
Penggunaan Yakult
Friday, November 21, 2008
Terdapat pengusaha vermiculture yang menggunakan sebotol Yakult - dicairkan dengan 2 liter air bebas klorin untuk semburan sebagai ganti semburan EM.
Yakult Ace mengandungi 30 billion kultur hidup Bakteria Pro-Biotic iaitu Lactobacillus casei Shirota - Bakteria Asid Laktik.
Bakteria asid laktik berfungsi :
Mempercepatkan penguraian bahan organik, lignin & selulosa.
Penghalang / perisai kepada serangan mikrob berbahaya seperti E.Coli & Staphylococcus aureus.
Merencatkan pertumbuhan patogen / bakteria jahat.
Posted by dNat » Comments:
Penggunaan Baja Vermikompos
Tuesday, November 18, 2008
POKOK BUNGA MATAHARIPOKOK CILI MERAHPOKOK TOMATOTANAMAN HIASAN / BUNGABaja Vermikompos amat sesuai digunakan pada peringkat semaian kerana tidak memberikan 'suasana' yang sensitif pada tanaman.'HIJAUKAN BUMI SECARA ORGANIK'
Posted by dNat » Comments:
Memperkasakan Vermikompos
Petikan dari blog ImpaxBokashi :
Penggunaan baja vermikompos sesuai untuk semua jenis tanaman. Yang menjadikannya lebih baik lagi adalah amalan pertanian yang baik & penambahbaikan dalam penghasilan baja. Panduan asas untuk menghasilkan baja organik yang baik adalah :
1-Cationic Exchange Capacity ( CEC )
2-Kandungan bahan organik yang tinggi
Analisis Makmal ( Lab Analysis ) dapat memberi gambaran kandungan nutrien & mineral yang terdapat di dalam baja yang dihasilkan. Melalui hasil analisis tersebut, kita boleh mengira jumlah bahan mentah yang ingin digunakan untuk sesuatu jenis pokok.
Setiap jenis tanaman memerlukan NPK & mineral dalam jumlah yang berbeza. Contohnya padi memerlukan kandungan N yang banyak, pokok limau pula memerlukan Mg yang banyak. Jumlah pengambilan P oleh padi & pokok limau adalah berbeza.
Jenis bahan & jumlah kandungan yang diperlukan bagi penghasilan baja organik bergantung kepada keperluan tanaman tersebut. Untuk lebih tepat kita perlu mengetahui berapakah unsur NPK & mineral secara kasar yang diperlukan oleh tanaman tersebut.
Dari aspek tersebut, kita mendapat panduan jenis bahan yang akan digunakan. Jadi kita boleh memasukkan unsur-unsur tersebut di dalam baja vermikompos dengan sukatannya mengikut keperluan kasar yang diperlukan oleh tanaman. Pengetahuan tentang bahan-bahan tersebut memudahkan kita membuat baja yang spesifik.
Posted by dNat » Comments:
Baja Organik Bermutu Tinggi
Apakah kandungan dalam baja organik yang menyebabkan ianya berbeza & berupaya memberi kesan yang ketara berbanding baja organik lain ?
1-Penggunaan IMO / EM
2-Bahan organik yang kaya dengan nutrien
3-Penambahan bahan 'booster'
4-Peningkatan kandungan NPK
5-R&D secara berterusan
SUMBER : ImpaxBokashi / Melor
Posted by dNat » Comments:
Elemen Tambah Nilai Baja Organik
Monday, November 17, 2008
Kesempatan menghadiri Kursus Penghasilan Baja Organik & Teknologi IMO anjuran ImpaxBokashi mendedahkan kami kepada elemen-elemen menambah nilai dalam penghasilan baja organik. Ianya sesuatu yang kami cari sebelum ini & pembentangan yang dibuat ketika kursus tersebut memberikan kami idea dalam menambah nilai baja vermikompos yang dihasilkan ketika ini. Tentunya idea tersebut memerlukan R&D yang berterusan. Semoga ianya dapat menghasilkan sesuatu yang bermanafaat. Insya-allah.
Album koleksi gambar-gambar sekitar kursus yang berlangsung pada 15 Nov 2008 di Lenggong, Perak.
Klik pada gambar di bawah untuk melihat kesemua gambar.
Posted by dNat » Comments: