Baja Vermikompos ( I )
Thursday, December 4, 2008
Secara umumnya baja vermikompos seharusnya mengandungi campuran 85% tahi cacing ( vermicast ) & 15% sisa kompos. % bahan lain yang melebihi kandungan vermicast akan menyebabkan kualiti baja vermikompos terjejas. Aspek kawalan kualiti ( QC ) harus diutamakan agar 'imej' baja vermikompos di dalam pasaran tidak terjejas.
Secara anggaran jumlah makanan cacing untuk 1 hari ( 24 jam ) adalah sama dengan jumlah beratnya. Bermaknanya 1 kg cacing memerlukan 1 kg bahan makanan setiap hari. Anggaran kasar baja yang dihasilkan adalah sekitar 50%-70% jumlah makanan. Untuk 1 kg cacing dengan 1 kg makanan sehari dianggarkan berupaya menghasilkan 500-700 gm baja setiap hari. Teori ini sekadar anggaran kuantiti pemakanan cacing. Terdapat juga pengusaha yang menyatakan 1 kg cacing yang diberi makanan berjumlah 1 kg untuk sehari mampu menghasilkan 1 kg baja.
Teori ini disangkal oleh banyak pihak yang menyatakan cacing tidak membuang 100% jumlah makanan yang dimakan & menyimpan sejumlah makanan untuk pertumbuhan / tumbesaran cacing tersebut. Berdasarkan teori 1 kg cacing - 1 kg makanan untuk sehari, ramai pengusaha yang membuat jadual pemakanan & penuaian seperti berikut :
1 kg cacing
30 kg makanan
Tuaian baja dibuat pada hari ke-31 dengan jangkaan jumlah baja vermikompos yang dihasilkan sekurang-kurangnya sekitar 15 kg - 21 kg ( 50% - 70% dari jumlah makanan ).
Adakah kaedah ini berupaya menghasilkan baja vermikompos yang mengandungi sekurang-kurang 85% vermicast & 15% sisa kompos. Tentunya 2 bahan ini boleh dibezakan samada secara fizikal, tekstur & warna. Pihak kami pernah memperolehi baja vermikompos dari pengusaha lain yang mana bentuk fizikal / teksturnya seakan habuk gergaji & berwarna coklat cerah. Adakah baja vermikompos ini mengandungi % vermicast yang lebih tinggi dari % bahan lain atau sebaliknya ?
Selain itu terdapat teori lain bagi penghasilan baja vermikompos yang berkualiti dengan membuat anggaran pemakanan bagi 1 kg cacing untuk sehari adalah 1/2 kg makanan. Untuk 30 hari, 1 kg cacing diberi 15 kg makanan sahaja. Kebarangkalian mendapatkan % vermicast melebihi bahan lain ( sisa kompos ) adalah tinggi pada hari tuaian ( hari ke-31 ). Timbul isu samada kaedah ini boleh mengakibat cacing kekurangan bekalan makanan & susut berat badan.
Terdapat pengusaha yang menyatakan untuk memperolehi baja vermikompos yang berkualiti ( kandungan vermicast 90% ), berat badan cacing terpaksa dikorbankan. Beliau menyatakan apabila menggunakan kaedah 1 kg cacing : 1/2 kg makanan untuk sehari, apabila tuaian dilakukan pada hari ke-31 ( 15kg makanan untuk tempoh 30 hari bagi 1 kg cacing ) berat badan cacingnya berkurangan dari 1 kg ke 700 gm !!
Petikan posting Eudrillus / Capt Zaman ESI Group :
" .... Vermikompos yang baik mengandungi sekurang-kurangnya 85% vermicast & 15% sisa kompos / bahan organik yang dikompos. Agak sukar menghasilkan 100% vermicast kerana medium tersebut sudah tiada sumber bekalan makanan untuk cacing & risiko kadar kematian atau cacing keluar dari bekas amat tinggi. Tambahan pula kesukaran mengasingkan vermicast dengan bahan organik / sisa kompos yang lain. Di negara-negara luar, ianya dipasarkan sebagai vermikompos untuk mengelak dari disaman kerana 'misrepresentation of product'...." " .... Medium yang terlalu halus apabila diayak semasa proses tuaian mudah melepasi penapis. Sukar untuk membezakan vermicast dengan bahan organik lain. % bahan lain melebihi % vermicast. Apakah baja yang dihasilkan berkualiti ? Aspek kawalan kualiti ( QC ) diabaikan. Standard baja tidak ditentukan oleh ciri-ciri fizikal end-product. Yang penting adalah ujian analisanya ...."
Posted by dNat » Comments:
Pertanian Organik
Didefinisikan sebagai :
Sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem.
FAO/WHO Codex Alimentarius Commission
Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai 'algae blooms', membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar ( IFOAM ).
Racun makhluk perosak telah digunakan dalam pertanian sejak Perang Dunia Kedua, dan sejak dari mula lagi terdapat kebimbangan mengenai pengkomersialan bahan kimia racun makhluk perosak. Buku 'Silent Spring' oleh Rachel Carson yang diterbitkan pada 1964 mendedahkan kesan racun makhluk perosak terhadap alam sekitar. Racun serangga era Perang Dunia Kedua, DDT diharamkan di negara maju dalam tahun 1970-an tetapi terus digunakan di India sehingga tahun 1990-an. Tragedi Bhopal 1984 menjadi pembuka mata kepada sebahagian besar penduduk India dan dunia luar.
Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk kita mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar.
Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. 'Mencegah lebih baik dari mengubati' dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik.
Pertanian organik menyumbang kepada keselamatan makanan dan alam sekitar melalui kombinasi beberapa ciri terutamanya:
* Meningkatkan hasil di kawasan input rendah.
* Memelihara kepelbagaian bio & sumber semula jadi di ladang dan kawasan sekitarnya.
* Meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos.
* Mengitar semula sisa organik untuk pengeluaran baja, menyelesaikan pengurusan sisa.
* Usahawan mikro dalam ekonomi luar bandar.
* Melindungi kesihatan petani dan pengguna.
* Menghasilkan pelbagai makanan dan selamat.
* Kemampanan dalam jangka panjang.
Oleh sebab itu pertanian organik perlu menjadi bahagian penting daripada sebarang dasar pertanian yang bertujuan menjamin keselamatan makanan dan kini adalah masanya bagi kerajaan Malaysia mengambil tindakan ke arah ini.
Petikan dari Harakah Daily
Posted by dNat » Comments:
Musim Banjir Mula Melanda
Sunday, November 30, 2008
Musim tengkujuh mula melanda negeri-negeri Pantai Timur. Tak terkecuali negeri Cik Siti Wan Kembang - Kelantan Darulnaim. Beberapa tempat sekitar Kelantan telah mula dinaiki air & lebih 1000 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan.
Kelmarin ( Sabtu 29 November 2008 ), laluan Kuala Krai-Kota Bharu terputus ekoran limpahan air di jalan sekitar Sungai Durian mengakibatkan kesesakan teruk. Ratusan kenderaan terperangkap. Laluan untuk kenderaan ringan ditutup.
Pada hari ini ( 30 November 2008 ), air sudah mula surut & laluan Kuala Krai-Kota Bharu mula dibuka untuk semua jenis kenderaan.
Posted by dNat » Comments: