<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

Pertanian Organik

Thursday, December 4, 2008

Didefinisikan sebagai :

Sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem.

FAO/WHO Codex Alimentarius Commission


Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai 'algae blooms', membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar ( IFOAM ).

Racun makhluk perosak telah digunakan dalam pertanian sejak Perang Dunia Kedua, dan sejak dari mula lagi terdapat kebimbangan mengenai pengkomersialan bahan kimia racun makhluk perosak. Buku 'Silent Spring' oleh Rachel Carson yang diterbitkan pada 1964 mendedahkan kesan racun makhluk perosak terhadap alam sekitar. Racun serangga era Perang Dunia Kedua, DDT diharamkan di negara maju dalam tahun 1970-an tetapi terus digunakan di India sehingga tahun 1990-an. Tragedi Bhopal 1984 menjadi pembuka mata kepada sebahagian besar penduduk India dan dunia luar.

Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk kita mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar.

Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. 'Mencegah lebih baik dari mengubati' dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik.

Pertanian organik menyumbang kepada keselamatan makanan dan alam sekitar melalui kombinasi beberapa ciri terutamanya:

* Meningkatkan hasil di kawasan input rendah.

* Memelihara kepelbagaian bio & sumber semula jadi di ladang dan kawasan sekitarnya.

* Meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos.

* Mengitar semula sisa organik untuk pengeluaran baja, menyelesaikan pengurusan sisa.

* Usahawan mikro dalam ekonomi luar bandar.

* Melindungi kesihatan petani dan pengguna.

* Menghasilkan pelbagai makanan dan selamat.

* Kemampanan dalam jangka panjang.


Oleh sebab itu pertanian organik perlu menjadi bahagian penting daripada sebarang dasar pertanian yang bertujuan menjamin keselamatan makanan dan kini adalah masanya bagi kerajaan Malaysia mengambil tindakan ke arah ini.


Petikan dari Harakah Daily

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl