<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

Kadar Carbon / Nitrogen

Friday, November 28, 2008

Kadar Carbon / Nitrogen dapat mengukur kualiti kompos yang dihasilkan. Carbon ( C ) berfungsi sebagai sumber tenaga, manakala Nitrogen ( N ) berfungsi bagi pembentukan sel-sel baru. Kadar C/N merujuk kepada jumlah bahagian Carbon kepada 1 bahagian Nitrogen. Kadar C/N terbaik adalah 30 ( julat antara 20-40 ).

Contohnya medium campuran pengusaha Nas Vermitech ( Cucimanja / Nabhan ) iaitu 50% sisa cendawan terpakai ( SMS ) & 50% tinja kambing menghasilkan kadar C/N 30.37. Ianya menunjukkan kandungan C adalah 30.37 bahagian kepada 1 bahagian N.

Campuran yang memperolehi kadar C/N sekitar 30 dipra-komposkan beberapa minggu & kadar C/N akan turun sekitar 15-20.


Bagi mempercepatkan penguraian / pengkomposan sisa buangan organik, nisbah C:N harus sekurang-kurangnya 21:1.


Kadar C/N terlalu tinggi : Kualiti rendah & semakin tinggi kadar C/N, semakin lama tempoh masa yang diperlukan oleh mikrob untuk menguraikannya.

Kadar C/N terlalu rendah : Nitrogen tidak digunakan & N terlarut lesap - bertukar menjadi ammonia & terbebas sebagai gas.


Pecahan kadar C/N bagi beberapa bahan organik :

TINJA LEMBU - C/N : 12 [ %C : 20 - % N : 1.7 ]
HABUK KAYU - C/N : 450 [ %C : 450 - % N : 0.08 ]
JERAMI PADI - C/N : 100 [ %C : 36 - % N : 0.4 ]


Sumber Rujukan :
Eudrillus [ Capt. Zaman ESI Group ]
ImpaxBokashi [ Melor ]
Nas Vermitech [ Cucimanja / Nabhan ]





Rujukan : Organicgardening.com



Mikrob pengurai sisa buangan organik memerlukan Karbon [C] & Nitrogen [N] untuk pertumbuhan & pemakanan. Secara purata mikrob memerlukan 30 bahagian [C] & 1 bahagian [N]. Kadar C/N dalam lingkungan 30:1 dalam medium memberikan imbangan zat makanan yang sempurna untuk kecekapan aktiviti mikrob.

Jika [C] melebihi 36, medium / kompos memerlukan tempoh masa yang lama untuk mencapai tahap kematangan kerana kekurangan [N].

Jika [C] di bawah 26, kelebihan [N] berlaku. Ini akan menyebabkan Nitrogen ditukar menjadi ammonia & hilang sebagai wap.

Kompos / Medium dianggap matang apabila aktiviti mikrobnya & proses penguraian tiba di tahap matang.

Semua sisa buangan organik tumbuhan terutamanya yang berserat / fiber mengandungi [C] yang tinggi. Oleh itu [N] samada dalam bentuk baja organik atau bukan organik perlu ditambah pada sisa buangan tersebut bagi menurunkan kadar C/N sehingga menghampiri 30. Apabila ianya dicapai, mikrob boleh menguraikan sisa buangan tersebut dengan lebih efektif.




Download Kalkulator Pengiraan Kadar C/N, klik link di bawah :

  • Kalkulator Pengiraan Kadar C/N


  • **Sumbangan One Earth Agroworld

    Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl
    1. Blogger clue | November 28, 2008 at 9:21 PM |  

      hoho dah donlot, terima kasih cik kamarul
      banyak added value dalam post kali ni, contohnya kalkulator, kadar optimum C/N=30 dihuraikan lebih mendalam dan jadual C/N

      honestly saya takda pun senarai kadar C/N yg lengkap dan panjang mcm ni, maka kalau nak buat kiraan mengalami masalah takcukup info. jd susah nak apply formula C/N tu.
      kalau ada jadual mcm ni, bila nak guna 2,3,atau 5 bahan mentah dlm kompos pun mudah sbb ada cara utk membezakan campuran a, b dan c. syabas!

    2. Blogger dNat | November 29, 2008 at 1:38 AM |  

      bila saya belek2 balik nota kursus melor ari tu tertinggal nak study bab Analisis Kimia .. smlm cuba study nota2 tu .. mula ngan ratio C/N .. nak congak dgn bahan2 sisa organik yg saya mudah perolehi .. byk lg nak kena explore .. biasa bab2 teknikal mcm ni Cucimanja, Capt, Melor berkebolehan .. saya baru2 nak explore .. mudah2 perkongsian ilmu ni beroleh manafaat bersama .. insya-allah

    Leave your response