Thursday, October 23, 2008
Biji benih perlu dirawat untuk mempercepatkan percambahan. 70% daripada kejayaan hasil projek tanaman terletak kepada biji benih. Biji benih yang terpilih & ada jaminan, tidak perlu dirawat ( terus disemai ).KAEDAH RAWATAN 1
Rendam biji benih dalam air biasa selama 6 - 8 jam.
Tus.
Gaul dengan racun kulat.
KAEDAH RAWATAN 2
Rendam biji benih dalam air suam selama 3 - 4 jam.
Tus.
Tutup biji benih di dalam bekas dengan plastik / kertas basah.
Biarkan sehingga bercambah ( 2 - 4 hari )
KAEDAH RAWATAN 3
Rendam biji benih dengan air panas biasa 6 - 8 jam.
Tabur biji benih di atas kertas lembab & gulung kertas tersebut.
Masukkan dalam plastik & tiup plastik agar bergelembung.
Jemur pada panas matahari selama 6 - 8 jam.
Biar dalam suhu biasa sehingga biji benih bercambah.
Leave your response