<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Penuaian Baja Vermikompos

Monday, September 8, 2008

From Vermiculture Gallery


Apabila bahan makanan / medium di dalam bekas cacing bertukar warna kehitaman & berbentuk butiran kecil, ianya menandakan bahawa baja vermikompos telah terhasil. Terdapat beberapa kaedah untuk proses penuaian baja vermikompos.


Kaedah 1 : Kaedah Penghijrahan ( Natural Migration )

Kosongkan separuh ruang bekas ternakan & masukkan medium / bahan makanan baru di ruang yang dikosongkan tadi. Cacing akan berhijrah secara berperingkat ke medium baru & meningggalkan medium lama yang telah menghasilkan baja vermikompos. Kaedah ini mengambil masa yang agak lama & lebih 'mesra cacing'.


Kaedah 2 : Kaedah Kon

Menggunakan sifat cacing yang sensitif terhadap cahaya. Ambil baja vermikompos yang mengandungi cacing & letakkan di atas hamparan plastik. Longgokan dibuat seperti bentuk kon. Dedahkan kepada cahaya matahari atau gunakan cahaya lampu. Cacing akan bergerak ke bahagian bawah longgokan. Ambil baja vermikompos di sebelah atas.


Kaedah 3 : Tapisan

Perlu menggunakan alat pengayak berjaring. Baja vermikompos yang masih mengandungi cacing diayak menggunakan pengayak berjaring. Gunakan plastik sebagai alas untuk menadah baja yang jatuh ke bawah. Butiran halus akan jatuh ke bawah dan meningggalkan butiran kasar, cacing & kokon yang tersangkut di jaring.

Menggunakan jaring halus berbingkai sebagai pengayak baja.


Kaedah 4 : Kaedah Penghijrahan

Hamparkan jaring di atas medium yang telah menjadi baja vermikompos. Letakkan makanan / medium baru di atas jaring tersebut. Cacing akan memanjat ke arah makanan / medium baru. Cacing yang berada di dalam makanan / medium baru dipindahkan ke bekas lain yang mengandungi makanan / medium baru.

Boleh juga 'terbalikkan' kaedah di atas. Sediakan bekas & makanan / medium baru. Hamparkan jaring di permukaan makanan / medium. Ambil baja vermikompos yang masih mengandungi cacing dan letakkan di atas jaring tersebut. Cacing akan bergerak turun ke makanan / medium baru. Ulangi langkah tersebut sehingga semua cacing dipindahkan

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl