Susut & Penurunan Timbangan / Berat Badan
Tuesday, August 26, 2008
Kerap berlaku situasi di mana jumlah tertentu cacing ( dalam kg ) untuk 1 bekas mengalami penurunan selepas beberapa minggu. Contohnya pada hari pertama, sebanyak 2 kg cacing dimasukkan ke dalam sebuah bekas. Pada hari ke-30, jumlah cacing ditimbang berkurangan dari 2 kg. Punca situasi ini :1-Medium yang kering boleh mengakibatkan cacing mengalami kekeringan air & menjejaskan fizikal. Ini boleh mengakibatkan penurunan berat.
2-Sisa buangan organik yang dijadikan medium / bahan makanan tidak distabilkan dengan betul. Proses fermentasi berlaku di dalam bekas ternakan. Gas ammonia yang terhasil dari tinja ternakan mengakibatkan cacing mengalami keracunan ammonia. Suhu medium juga meningkat. Cacing akan mati samada di permukaan @ di dalam medium.
3-Terdapat serangga @ musuh cacing samada di dalam medium @ persekitaran seperti lipas, cicak, hama, pepijat, katak dll. Gigitan serangga / musuh cacing akan mengakibatkan kecederaan pada cacing & akan mati.
4-Medium yang bermasalah ( belum mengalami penapaian matang ) akan mengakibatkan cacing merayap keluar dari bekas ternakan.
5-Perubahan persekitaran juga boleh memberi kesan pada cacing pada peringkat awal selepas dipindah ke lokasi penternak dari lokasi pembekal. Kesan fizikal akibat perjalanan jauh boleh mengakibatkan penurunan berat badan cacing.
Leave your response