<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

Masalah Hama, Kutu & Ulat Putih Dalam Medium

Tuesday, August 26, 2008





Salah satu masalah yang sering dihadapi penternak cacing adalah kehadiran hama, kutu & ulat putih dalam medium. Kehadiran hama & kutu memberi petunjuk bahawa medium terlalu lembab - melebihi 60%. Keadaan yang terlalu lembab mengakibat medium berbau & masam ( kadar pH yang rendah ). Medium yang terlalu basah mengakibatkan berlakunya proses anaerobik - tidak beroksigen & menggalakkan bakteria pengurai nitrogen. Berlakunya proses fermentasi pada sisa buangan organik yang dijadikan medium. Bau busuk pula berpunca dari pelepasan gas ammonia.

Makanan lembik & berair seperti kulit tembikai & sayuran rosak mempunyai kandungan air yang tinggi akan menarik kehadiran hama, kutu, ulat & serangga perosak. Kulit tembikai merupakan 'makanan kegemaran' cacing tetapi boleh juga bertindak sebagai perangkap kepada hama, kutu & ulat.

Hama, kutu & ulat juga berpunca dari tinja ternakan yang digunakan sebagai medium / bahan makanan.


LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

1-Kawal kelembapan medium dengan menggunakan 'bulking agent' seperti kertas suratkhabar & sabut kelapa untuk menyerap kelembapan. Buat jadual siraman secara teratur. Perbaiki ruang pengudaraan & pengairan.

2-Penggunaan penutup berjaring pada bekas ternakan.

3-Letak makanan di permukaan medium. Jangan benamkan makanan di dalam medium. Mengelakkan berlakunya proses fermentasi.

4-Buat jadual pemberian makanan yang teratur agar seimbang dengan jumlah cacing yang ada dalam bekas ternakan. Dapat mengelakkan berlakunya lebihan ( overload ) makanan. 1 kg cacing dianggarkan makan 1 kg makanan dalam masa 1 hari. Letak 10 kg makanan untuk bekalan makanan 1 kg cacing dalam masa 10 hari.

5-Pastikan kadar pH medium neutral. Kulit telur yang mengandungi kalsium karbonat boleh digunakan bagi tujuan penstabilan pH.

6-Lembabkan kertas suratkhabar & hamparkan di permukaan medium. Hama & kutu akan tertarik kepada kelembapan tinggi & akan berkumpul di kertas suratkhabar. Buang hama & kutu yang terkumpul & ulangi seperti langkah awal sehingga jumlah hama & kutu berkurangan.

7-Letakkan kulit tembikai basah di permukaan medium. Hama & kutu akan tertarik kepada kelembapan tinggi & akan berkumpul di kulit tembikai. Buang hama & kutu yang terkumpul & ulangi seperti langkah awal sehingga jumlah hama & kutu berkurangan.

8-Letakkan hirisan oren sunquick di permukaan medium. Hama & kutu akan tertarik kepada kemanisan oren sunquick & akan berkumpul di hirisan oren sunquick. Buang hama & kutu yang terkumpul & ulangi seperti langkah awal sehingga jumlah hama & kutu berkurangan.

9-Isi kordial / pemanis ke dalam bekas kecil di permukaan medium. Hama & kutu akan tertarik kepada kemanisan kordial . pemanis & akan berkumpul di dalam bekas berisi kordial / pemanis. Buang hama & kutu yang terkumpul & ulangi seperti langkah awal sehingga jumlah hama & kutu berkurangan.

10-Jika terdapat cacing yang mati di atas permukaan medium, segera buang cacing tersebut. Bau bangkai cacing akan menarik hama, kutu, semua dan lain-lain serangga. Kehadiran semut boleh mengganggu cacing-cacing lain. Gigitan semut boleh mengakibatkan cacing cedera & menarik kehadiran hama & kutu.

11-Penggunaan cecair serai wangi boleh mencegah & menghalau hama & kutu. Isikan cecair ke dalam bekas. Letak bekas tersebut di tengah-tengah bekas ternakan.

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl