Arah Tuju Pasaran Baja Organik Vermikompos
Friday, August 15, 2008
Hasil utama aktiviti ternakan cacing adalah baja organik vermikompos. Baja ini dilihat mempunyai potensi yang cukup besar pada masa akan datang. Langkah kerajaan untuk mengurangkan penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian menjelang 2010 membuka peluang yang besar buat pasaran baja organik vermikompos. Untuk belanjawan 2008, kerajaan juga memperuntukkan RM 1 billion bagi keperluan baja kimia & baja organik. Ketika ini bekalan baja organik keluaran tempatan masih jauh dari mencukupi. Usaha ke arah meningkatkan pengusaha & pengeluar baja organik harus ditingkatkan bagi mencapai hasrat kerajaan untuk mengurangkan penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian. Beberapa sektor & agensi sudah mula beralih kepada penggunaan baja organik yang lebih mesra alam & tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Kerajaan juga memberi inisiatif kepada perintis penghasilan baja organik.Ketika ini kita masih lagi bergantung kepada baja import. Untuk 2008 sejumlah 3.5 juta tan metrik baja dari luar diimport bagi memenuhi keperluan domestik. Data ini jelas menunjukkan kekurangan bekalan baja organik dalam negara. Tambahan pula golongan petani & peladang terbeban dengan peningkatan harga baja kimia dari masa ke semasa. Penggunaan baja organik dilihat menjadi alternatif utama bagi menangani masalah tersebut.
MENGAPA BAJA VERMIKOMPOS RELEVEN UNTUK SEKTOR PERTANIAN ?
Vermicomposting merupakan 1 kaedah bagi mendapatkan sumber baja organik mesra alam yang selamat digunakan. Negara-negara maju seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada & Jepun telah lama menggunakan baja organik vermikompos dalam sektor pertanian. Ianya 1 industri besar yang menguntungkan. Negara kita ketinggalan 30 tahun dalam bidang vermiculture berbanding negara-negara lain. Korea contohnya telah menggunakan kaedah pengkomposan sisa buangan organik menggunakan cacing pada tahun 1978 !! Permintaan untuk baja organik vermikompos melebihi bekalan.
Dalam Belanjawan 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM 1 billion untuk baja kimia & baja organik bagi pasaran dalam & luar negara.
Kerajaan juga berhasrat mengurangkan & menghapuskan penggunaan baja kimia.
Tinja ternakan telah lama digunakan sebagai baja organik dalam sektor pertanian.
Baja kimia ( urea ) hanya mempunyai 1 atau paling maksima 2 unsur hara sahaja, samada N atau N+P. Vermicast mempunyai unsur NPK & 14 unsur hara / zat lain yang sangat sesuai bagi pemulihan tanah pertanian.
Vermikompos tiada unsur kimia & selamat digunakan.
Vermikompos berupaya mempercepatkan tumbesaran & penuaian.
Unsur hara 'boron' yang terdapat pada vermicast memberi daya tahan penyakit pada tanaman.
Tanaman padi dipaket 60 Sg. Sireh telah membuktikan keberkesanan vermikompos dari pengeluaran 7 ton / ha menjadi 10 ton / ha.
Dari segi 'economic evaluation' atas dasar keperluan nitrogen :
Baja kimia untuk 1 kg nitrogen = RM 7 ( Baja urea ) & mencecah RM 143 ( SSP ).
Baja vermikompos hanya RM 5 untuk 1 kg nitrogen.
Vermikompos juga releven kepada kompos organik lain seperti IMO / EMO.
Leave your response