Thursday, August 14, 2008
Fungsi utama cacing kompos adalah bertindak sebagai agen pengkomposan dalam proses teknologi pengkomposan sisa buangan organik dengan hasil akhir adalah baja organik vermikompos.Manafaat Ternakan Cacing Kepada Pengguna Persendirian / Penternak Skala Kecil
Mengurangkan sisa buangan organik dari isi rumah, sisa dapur & sisa laman.
Kitar semula & menambah nilai sisa buangan tersebut kepada baja organik bermutu tinggi.
Baja vermikompos yang dihasilkan digunakan untuk tanaman di sekitar laman rumah.
Manafaat Ternakan Cacing Kepada Penternak Haiwan - Kambing, Biri-Biri & Lembu
Menyelesaikan masalah pelupusan sisa buangan ternakan. Tinja ternakan digunakan dalam usaha penghasilan baja organik vermikompos.
Meningkat tumbesaran haiwan ternakan dengan menjadikan cacing sebagai makanan tambahan haiwan ternakan.
Menambah sumber pendapatan melalui penjualan baja organik vermikompos & cacing.
Manafaat Ternakan Cacing Kepada Pengguna Pekebun / Peladang
Menyelesaikan masalah kekurangan bekalan baja & peningkatan harga baja kimia.
Menghasilkan baja organik untuk kegunaan ladang & lebihan baja dijual.
Berminat dengan ternakan cacing, sila hubungi :
017-9700656
012-3571833
darulnaim.agrotech@gmail.com
Leave your response