Keperluan Aktiviti Vermiculture Dalam Ladang Integrasi
Friday, August 15, 2008
Usaha vermicomposting berupaya menjadi alternatif penyelesaian dalam aktiviti perladangan bersepadu ( intergrated farming ).Pekebun Sayur
Sayuran yang rosak atau tidak memenuhi standard kualiti dijadikan bahan makanan ternakan cacing.
Hasil baja vermikompos digunakan di ladang sayuran. Lebihan baja & induk cacing boleh dijual untuk menambahkan pendapatan sampingan pekebun.
Pesawah Padi
Jerami, sekam & dedak padi dijadikan bahan makanan ternakan cacing.
Hasil baja vermikompos digunakan di ladang sayuran. Lebihan baja & induk cacing boleh dijual untuk menambahkan pendapatan sampingan pekebun.
Petani Ladang Integrasi Jagung Manis & Lembu Fidlot
Batang, dedaun & tongkol jagung yang rosak / tidak memenuhi standard kualiti dijadikan silaj makanan lembu yang berprotein tinggi.
Sisa kandang lembu dijadikan bahan makanan ternakan cacing.
Hasil baja vermikompos digunakan di ladang sayuran. Lebihan baja & induk cacing boleh dijual untuk menambahkan pendapatan sampingan petani.
Petani Ladang Integrasi Jagung Manis, Cendawan, Lembu Fidlot, Ikan & Ayam Kampung
Batang, dedaun & tongkol jagung yang rosak / tidak memenuhi standard kualiti dijadikan silaj makanan lembu yang berprotein tinggi.
Sisa kandang lembu & medium cendawan dijadikan bahan makanan ternakan cacing.
Hasil baja vermikompos digunakan di ladang sayuran. Lebihan baja & induk cacing boleh dijual untuk menambahkan pendapatan sampingan petani.
Lebihan cacing dijadikan makanan tambahan berprotein tinggi untuk ikan & ayam kampung.
Lebihan cacing boleh dijual untuk pendapatan tambahan kepada petani.
Hello.
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang integrasi-integrasi yang dijalankan oleh DarulNaim AgroTech. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai aktiviti-aktiviti tersebut yang telah dijalankan?
Boleh maklumkan saya melalui emel;
twinkle_erry@yahoo.com
Terima Kasih.
Vee,UMS.
Leave your response