Tuesday, August 26, 2008
Musuh-musuh cacing terdiri daripada katak, ular, burung, lipas, cicak, semut dll. Kehadiran musuh cacing boleh membahayakan cacing. Langkah-langkah bagi pencegahan awal :1-Tabur serbuk racun serangga / semut di sekeliling tempat ternakan.
2-Kaki rak kayu diikat dengan kain yang dibasahkan dengan minyak tanah atau alaskan kaki rak kayu dengan bekas berisi air. Penggunaan hirisan halus bawang besar yang diletakkan di sekeliling bekas ternakan juga boleh digunakan.
3-Penggunaan cecair serai wangi yang disi ke dalam bekas & diletakkan di tengah bekas ternakan. Selain itu sembur cecair serai wangi di persekitaran tempat ternakan.
4-Buat penutup berjaring pada setiap bekas ternakan.
Leave your response