<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Baja Organik Cecair ( Vermi / Worm Tea )

Thursday, August 28, 2008

Penggunaan Vermi / Worm Tea sebagai baja foliar ( semburan ) membantu membiakkan mikrob-mikrob berfaedah pada tanah & tanaman anda. Mikrob berfaedah bertindak meningkatkan pertumbuhan tanaman, melindungi tanaman dari serangga perosak ( pest repellent ), meningkatkan pengambilan nutrien, mengekalkan nutrien dalam tanah, meningkatkan pertumbuhan akar & memperbaiki struktur tanah.

Vermi / Worm Tea mengandungi sejumlah bakteria, fungal biomass, protozoa, flagellates & nematodes.

Peralatan yang diperlukan :

Tong / Gelen air
2 kg baja vermikompos
Pam udara / oksigen akuarium ( mempunyai 2 penyambung )
Tiub getah penyambung pam
2 Penyambung paip bentuk T
Batu pengudaraan ( air stones )
4 liter air bersih ( bebas klorin )
Gula merah / molases
Penuras baja


*Nisbah baja : air bersih = 1 : 2










Proses penghasilan vermi / worm tea adalah proses aerobik - memerlukan oksigen yang mencukupi. Pastikan bekalan oksigen sentiasa ada bagi mengelakkan berlakunya proses anaerobik ( tanpa oksigen ).

Batu pengudaraan ( air stones ) perlu dicuci bersih setiap kali proses penghasilan vermi / worm tea dilakukan. Ianya bertujuan mengelakkan bakteria anaerobic membiak pada batu tersebut.


Sambungkan tiub getah pada penyambung T. Setiap penyambung T mempunyai 2 tiub getah. Sambungkan batu pengudaraan ( air stones ) pada semua tiub getah.

Masukkan 4 liter air ke dalam tong.

Masukkan sedikit gula merah / molases ke dalam tong. Ianya sebagai sumber makanan kepada mikrob.
*Suhu melebihi 80 C boleh mematikan mikrob.

Masukkan baja ke dalam penuras.

1 tiub getah yang mengandungi 2 batu udara ( air stones ) dimasukkan ke dalam tong air .

1 lagi tiub getah yang mengandungi 2 batu udara ( air stones ) dimasukkan ke dalam penuras baja.

Hidupkan pam akuarium & proses aerobik berlaku. Biar selama 6 hingga 8 jam. Bau masam manis gula merah / molases.

Selepas 6 - 8 jam, keluarkan penuras baja & teruskan proses sekurang-kurangnya 16 - 20 jam. Gunakan baja cecair yang terhasil secepat mungkin. Mikrob akan mula mati apabila pam oksigen dimatikan.


Tips Penghasilan Vermi / Worm Tea

1-Gunakan pam oksigen yang mempunyai 2 sambungan & menyambungkan 4 batu pengudaraan.

2-2 batu pengudaraan diletakkan di dalam penuras baja. 2 lagi diluar penuras baja.

3-Sukatan gula merah / molases yang mencukupi.

4-Jangan matikan pam oksigen & mengeluarkan batu pengudaraan selepas proses aerobik dilakukan.

5-Keluarkan penuras baja selepas 8 jam.

6-Proses tidak melebihi 36 jam yang boleh menjejaskan khasiat vermi / worm tea.

7-Gunakan kesemuanya. Vermi / Worm tea tidak boleh disimpan dalam apa jua keadaan.

8-Bersihkan kelengkapan selepas digunakan.

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl