Racun Serangga / Perosak Organik Untuk Tanaman
Sunday, October 12, 2008
RACUN SERANGGA / PEROSAK ORGANIK ( I )Bahan-bahan yang diperlukan :
Air bersih ( bebas klorin ) 600 ml
Molases / Gula Merah 100 ml
Spirit 100 ml
Cuka asli 100 ml
EM-1 100 ml
Boleh tambah hirisan halia atau cili yang telah diperam selama 8 hari.
Untuk penggunaan, cairkan pada nisbah 1:500. Kadar pH 3.7
Bahan-bahan tersebut diperam selama 8 hari. Selepas hari ke-8, tapis cairan sebelum digunakan.
RACUN SERANGGA BERASASKAN TUMBUHAN HIJAU
Bahan yang diperlukan - EM, Molases / Gula Merah & Dedaun yang mempunyai unsur perubatan & herba seperti bawang putih, cili kering, batang pokok pittaya, daun lidah buaya dll )
Bahan-bahan tersebut diperap selama 5 hari. Selepas hari ke-5, pati yang dihasilkan dicampur dengan 10 liter air bersih.
Sembur pada tanaman 2 hari sekali.
RACUN SERANGGA / PEROSAK ORGANIK II
Bahan-bahan yang diperlukan :
EM-1 100 ml
Molases / Gula Merah 100 ml
Bawang Putih 200 gram
Cili Kering 200 gram
Daun Buluh / Daun Kari / Daun Asam Gelugor / Asam Jawa 200 gram
Daun Lidah Buaya 200 gram
Dedaun yang boleh menghalau serangga 200 gram
Air Bersih ( Bebas Klorin ) 20 liter
Campur semua bahan tersebut & peram selama 6 hari. Selepas hari ke-6 tapis cecair yang terhasil & simpan dalam bekas kedap udara. Hampas & sisa yang tertinggal boleh dijadikan baja.
Nisbah untuk siraman ke tanaman - 100 ml cecair yg diperam : 10 liter air bersih ( bebas klorin )
Sumber Maklumat : asastaniorganik.wordpress.com
Leave your response