Baja Organik Cecair ( Vermi / Worm Tea )
Thursday, September 18, 2008
Gunakan baja vermikompos yang dihasilkan melalui aktiviti vermiculture untuk menghasilkan baja organik cecair ( vermi / worm tea ). Berfungsi sebagai baja foliar / semburan / siraman untuk tanaman anda.Kelebihan Baja Cecair Vermi / Worm Tea
1-Mengandungi 'phyto-soluble' NPK yang seimbang & 'trace elements'.
2-Mengandungi hormon penggalak ( auxin & cytokinin ) bagi tumbesaran, bunga & buah untuk tanaman.
3-Mengandungi kepelbagaian mikrob berfaedah, asid humic / fulvic & enzim kitinase yang berupaya mempercepatkan tumbesaran tanaman.
4-Bersifat 'bio-insect repellent' untuk mencegah serangga perosak & kulat pada tanaman.
Peralatan Yang Diperlukan
Tong / Gelen air
Air bersih ( bebas klorin ) 2 liter
1 kg baja vermikompos
Karung kain
Pam akuarium beserta batu pengudaraan & tiub getah
Gula merah / molases
Langkah 1
Isikan 1 kg baja vermikompos di dalam karung kain.
Masukkan 2 liter air bersih ke dalam tong / gelen air.
*Nisbah campuran baja vermikompos : air bersih = 1 : 2
Langkah 2
Masukkan karung kain berisi baja ke dalam tong / gelen air.
Masukkan batu pengudaraan pam akuarium ke dalam tong / geleng air.
Langkah 3
Hidupkan suis pam akuarium untuk proses pengoksigenan. Buih-buih kelihatan di dalam tong / gelen air.
Langkah 4
Masukkan sedikit gula merah / molases ke dalam tong / gelen air. Ianya berfungsi sebagai bahan makanan kepada mikrob-mikrob.
Langkah 5
Biarkan proses pengoksigenan berlaku sekurang-kurangnya 36 jam. Selepas itu gunakan baja cecair utk tujuan siraman / semburan pada tanaman anda. Campurkan 1 liter baja cecair vermi tea dengan 5 liter air bersih.
*Baja cecair vermi / worm tea perlu digunakan selepas pam oksigen dimatikan. Ini kerana mikrob-mikrob akan mula mati selepas tempoh 12 jam selepas pam oksigen dimatikan.
salam team darulnaim
saya ada pertanyaan, bagaimana vermi tea boleh dibungkus dan dipasarkan jika ia tidak blh bertahan untuk 12jam selepas dioksigenkan.
adakah ada pelbagai cara penghasilan vermitea?
ada pengunjung saya bertanya, tetapi ia diluar kemahiran saya, harap darulnaim dpt membantu :)
Tak perasan plak soalan Cik Melor .. Saya pernah tanya pasal tu pada Capt Zaman .. ini jawapannya :
"Mikrob dlm Compost Tea akan mati selepas >24jam. Kadar Nutrient mikro/makro tetap sama cuma tidak ada beneficial soil microbes lagi. So, ianya cuma boleh dianggap liquid Compost saja."
Leave your response