Friday, November 21, 2008
Terdapat pengusaha vermiculture yang menggunakan sebotol Yakult - dicairkan dengan 2 liter air bebas klorin untuk semburan sebagai ganti semburan EM.
Yakult Ace mengandungi 30 billion kultur hidup Bakteria Pro-Biotic iaitu Lactobacillus casei Shirota - Bakteria Asid Laktik.
Bakteria asid laktik berfungsi :
Mempercepatkan penguraian bahan organik, lignin & selulosa.
Penghalang / perisai kepada serangan mikrob berbahaya seperti E.Coli & Staphylococcus aureus.
Merencatkan pertumbuhan patogen / bakteria jahat.
pengusaha VC pun guna ye.
saya baru 2 hari cuba kat dua anak lembu yg mati emak.
yakult tu saya buh dalam susu segar, tambah gula merah dan yogurt.kemudian biar dia membiak selama seminggu. anak lembu tu makan rumput lebih awal pagi semalam, kalau tidak masih tido..
banyak juga kelebihan yakult ni ye?
One Earth Agroworld yg kongsikan kaedah penggunaan Yakult ni
Leave your response