<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6400454012757842278\x26blogName\x3dDARULNAIM+AGROTECH+(+KT0243832-A+)\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://darulnaim-agrotech.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://darulnaim-agrotech.blogspot.com/\x26vt\x3d-2309653141084189302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Baja Vermikompos ( I )

Thursday, December 4, 2008

Secara umumnya baja vermikompos seharusnya mengandungi campuran 85% tahi cacing ( vermicast ) & 15% sisa kompos. % bahan lain yang melebihi kandungan vermicast akan menyebabkan kualiti baja vermikompos terjejas. Aspek kawalan kualiti ( QC ) harus diutamakan agar 'imej' baja vermikompos di dalam pasaran tidak terjejas.

Secara anggaran jumlah makanan cacing untuk 1 hari ( 24 jam ) adalah sama dengan jumlah beratnya. Bermaknanya 1 kg cacing memerlukan 1 kg bahan makanan setiap hari. Anggaran kasar baja yang dihasilkan adalah sekitar 50%-70% jumlah makanan. Untuk 1 kg cacing dengan 1 kg makanan sehari dianggarkan berupaya menghasilkan 500-700 gm baja setiap hari. Teori ini sekadar anggaran kuantiti pemakanan cacing. Terdapat juga pengusaha yang menyatakan 1 kg cacing yang diberi makanan berjumlah 1 kg untuk sehari mampu menghasilkan 1 kg baja.

Teori ini disangkal oleh banyak pihak yang menyatakan cacing tidak membuang 100% jumlah makanan yang dimakan & menyimpan sejumlah makanan untuk pertumbuhan / tumbesaran cacing tersebut. Berdasarkan teori 1 kg cacing - 1 kg makanan untuk sehari, ramai pengusaha yang membuat jadual pemakanan & penuaian seperti berikut :

1 kg cacing
30 kg makanan

Tuaian baja dibuat pada hari ke-31 dengan jangkaan jumlah baja vermikompos yang dihasilkan sekurang-kurangnya sekitar 15 kg - 21 kg ( 50% - 70% dari jumlah makanan ).

Adakah kaedah ini berupaya menghasilkan baja vermikompos yang mengandungi sekurang-kurang 85% vermicast & 15% sisa kompos. Tentunya 2 bahan ini boleh dibezakan samada secara fizikal, tekstur & warna. Pihak kami pernah memperolehi baja vermikompos dari pengusaha lain yang mana bentuk fizikal / teksturnya seakan habuk gergaji & berwarna coklat cerah. Adakah baja vermikompos ini mengandungi % vermicast yang lebih tinggi dari % bahan lain atau sebaliknya ?


Selain itu terdapat teori lain bagi penghasilan baja vermikompos yang berkualiti dengan membuat anggaran pemakanan bagi 1 kg cacing untuk sehari adalah 1/2 kg makanan. Untuk 30 hari, 1 kg cacing diberi 15 kg makanan sahaja. Kebarangkalian mendapatkan % vermicast melebihi bahan lain ( sisa kompos ) adalah tinggi pada hari tuaian ( hari ke-31 ). Timbul isu samada kaedah ini boleh mengakibat cacing kekurangan bekalan makanan & susut berat badan.

Terdapat pengusaha yang menyatakan untuk memperolehi baja vermikompos yang berkualiti ( kandungan vermicast 90% ), berat badan cacing terpaksa dikorbankan. Beliau menyatakan apabila menggunakan kaedah 1 kg cacing : 1/2 kg makanan untuk sehari, apabila tuaian dilakukan pada hari ke-31 ( 15kg makanan untuk tempoh 30 hari bagi 1 kg cacing ) berat badan cacingnya berkurangan dari 1 kg ke 700 gm !!


Petikan posting Eudrillus / Capt Zaman ESI Group :

" .... Vermikompos yang baik mengandungi sekurang-kurangnya 85% vermicast & 15% sisa kompos / bahan organik yang dikompos. Agak sukar menghasilkan 100% vermicast kerana medium tersebut sudah tiada sumber bekalan makanan untuk cacing & risiko kadar kematian atau cacing keluar dari bekas amat tinggi. Tambahan pula kesukaran mengasingkan vermicast dengan bahan organik / sisa kompos yang lain. Di negara-negara luar, ianya dipasarkan sebagai vermikompos untuk mengelak dari disaman kerana 'misrepresentation of product'...."



" .... Medium yang terlalu halus apabila diayak semasa proses tuaian mudah melepasi penapis. Sukar untuk membezakan vermicast dengan bahan organik lain. % bahan lain melebihi % vermicast. Apakah baja yang dihasilkan berkualiti ? Aspek kawalan kualiti ( QC ) diabaikan. Standard baja tidak ditentukan oleh ciri-ciri fizikal end-product. Yang penting adalah ujian analisanya ...."

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl